KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, Ogos 08, 2013

** AIDILFITRI 1434H **


Alhamdulillah selesai sudah kita menjalani ibadah puasa bagi tahun 1434H, semoga kita semua beroleh ketaqwaan.

1 Syawal 1434H telah jatuh pada hari Khamis, 8 Ogos 2013 setelah diisytihar dengan rasminya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Bagi Taman Utama sebahagian besar daripada penghuninya telah meninggalkan rumah masing-masing untuk balik berhari raya di kampong halaman masing-masing mulai 4 Ogos 2013 lagi. Hanya tinggal beberapa kerat penghuninya saja yang tinggal termasuk blogger kerana kampong halaman kami hanya disekitar Taman Utama sahaja.

Selesai menunaikan solat hari raya dan mengunjungi jiran tetangga, barulah kami bertolak balik ke kampong halaman kami, seperti blogger perjalanan pulang ke kampong hanya mengambil masa sekitar 10 minit sahaja.

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin daripada blogger untuk semua.


Tuan Imam Masjid Seberang Pumpong menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak selepas solat hari raya.



Setiausaha masjid menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak perempuan.

Blogger, berbaju ungu, mengira jumlah kutipan wang sumbangan daripada anak khariah. Ini adalah sebahagian tugas blogger bila selesai solat Jumaat dan solat hari raya. Tidak dinafikan bila bulan Ramadhan sumbangan wang ringgit daripada anak khariah amat lumayan berbanding bulan lain.

Anak khariah menjamu selera dirumah Tuan Imam.

Singgah di rumah AJK KRT yang merupakan salah seorang ahli PKS-RT, En. MOhd Fadzil  sewaktu perjalanan pulang dari masjid.

Golongan yang paling gembira di hari raya ialah golongan Tunas Jiran dan Jiran Muda, kerana pada hari inilah mereka akan menjadi jutawan kecil....



Tunas Jiran menghilangkan haus dan dahaga di rumah blogger.

En. Abd Rashid, salah seorang AJK yang tidak dapat pulang berhari raya kerana terpaksa bertugas turut mengunjungi blogger. Beliau bertugas di Jabatan Penjara Alor Setar.

Blogger dan beberapa orang AJK lain mengunjungi rumah Che Daud Hashim, salah seorang Peronda SRS.

Mengunjungi rumah En. Abd Rashid Omar, berbaju biru.


Majlis sambutan hari raya peringkat Taman Utama bakal diadakan pada 23 Ogos 2013 !!!!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin