KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Ogos 05, 2013

** AKTIVITI AKHIR RAMADHAN 1434H **


Pada 4 Ogos 2013, KRT Taman Utama telah mengadakan jamuan moreh di Masjid Seberang Pumpong. Jadual asalnya ialah pada 5.8.2013, namun kerana pada 4.8.2013 akan diadakan majlis Khatam Al-Quran maka pihak jawatankuasa masjid telah meminta ianya diawalkan.

Jamuan moreh pada hari tersebut hanyalah dibuat pengagihan air soya keluaran FN dalam kotak bersaiz 1 liter yang diagihkan pada para jemaah yang hadir. Jumlah perbelanjaan yang diperuntukan untuk membeli air soya tersebut ialah RM575.00 yang berjumlah 300 kotak semuanya. Agak malang, blogger terlupa untuk mengambil gambar ketika pengagihan kerana agak sibuk kerana melakukan pengagihan bersama beberapa orang AJK dalam keadaan hujan yang agak lebat.

Namun pada waktu petangnya, blogger selaku Setiausaha Biro Kebajikan dan Sosial masjid ini telah berkesempatan mengiringi Tuan Imam untuk melakukan pengagihan sumbangan beras dan wang tunai kepada anak khariah yang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan golongan asnaf yang lain
.

Tuan Imam menyerahkan sumbangan dari Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong kepada salah satu keluarga.





Pengerusi Biro Kebajikan dan Sosial, En. Harun sedang menyampaikan sumbangan.

Tuan Imam mengetuai majlis khatam Quran.

Sebahagian besar jemaah adalah daripada warga Taman Utama.








Penyampaian saguhati kepada petugas masjid yang berkhidmat secara sukarela sepanjang bulan Ramadhan di masjid ini. Alhamdulillah, blogger turut mendapat sumbangan ini.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin