KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Ogos 28, 2013

** JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2013 **


Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1434H/2013 telah berjaya dijalankan pada hari Jumaat 23.8.2013 di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Program yang bermula pada jam 9.00 malam ini turut mendapat kerjasama daripada Pakatan Taman Utama.

Antara tetamu yang hadir ialah YM Ku Aziz b. Ku Mat Esa, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar, Syeikh Yusoff b. Haji Ahmad dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan Jawatankuasa Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong.

KRT Taman Utama turut menerima sumbangan berjumlah RM1387.00 daripada penduduk, selain daripada wang ringgit terdapat dikalangan penduduk yang membawa makanan yang dimasak oleh mereka sendiri.

Menu yang disediakan oleh Jawatankuasa KRT dan Pakatan Taman Utama ialah Nasi Minyak, Ketupat, Cucur Udang, Mee Kuah Penang, Tapai, Ais Krim, Teh Tarik, Air Orange, Air Teh Bunga, Satay Goreng, Nasi Himpit disamping menu dan kueh mueh yang disumbang oleh penduduk.

Bagi memeriahkan suasana diadakan juga pertandingan gerai terbaik, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

Terima kasih kepada penduduk yang terlibat secara langsung bagi menjayakan majlis ini, terutama kepada barisan jawatankuasa dan penduduk yang menyumbang tenaga, wang ringgit dan juadah.



Pasukan gerai ketupat sedang menjalankan kerja-kerja mereka yang bermula sehari sebelum majlis.





Pasukan gerai Cucur Udang....



Blogger sedang menyiapkan label gerai.

Kerja-kerja menghias gerai bermula pada jam 6.00 petang.















Petugas cabutan bertuah.



Gerai Mee Kuah Penang.





YM Ku Aziz diapit oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi.

Gerai Nasi Minyak.



Bendahari KRT, Ahmad Kamarol Osma bertindak selaku Pengacara Majlis.


Berposing sebelum jamuan...

YM Ku Aziz memberikan ucapan.

Sessi cabutan bertuah.



Gerai Nasi Minyak diumumkan sebagai gerai terbaik. Ku Aziz menyampaikan hadiah kepada ketuanya, En. Zahid Abdullah.



Gerai Cucur Udang.

Gerai menu sumbangan penduduk Taman Utama dan kampong yang berhampiran.



Gerai Teh Tarik.

Tunas Jiran menngalunkan lagu Ya Hanana...

Membasuh peralatan sebaik selesai majlis.













Gerai Ketupat.











Gerai kueh mueh.






Penduduk yang hadir...










Tapai.













































Pertunjukan bunga api mengakhiri majlis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin