KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Oktober 06, 2013

* JOM RONDA SRS BERSAMA PDRM VERSI 2.0 *


Bagi memantapkan lagi aktiviti rondaan malam oleh Peronda SRS, JPNIN Negeri Kedah telah melancarkan program Jom Ronda SRS Bersama PDRM Versi 2.0  tahun 2013. Program adalah kesinambungan program Jom Ronda SRS dan Jom Ronda Bersama Media yang telah diadakan beberapa tahun lalu. 

Bagi Daerah Kota Setar / Padang Terap dan Pokok Sena, KRT Taman Utama telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah pelancaran majlis ini. Program telah dilangsungkan pada 5 Oktober 2013 di perkarangan Pusat Rukun Tetangga Taman Utama mulai jam 9.30 malam

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Y. Bhg En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah. Turut hadir ialah Tuan ACP Adzaman b. Mohd Jan, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Pn. Noorassemah bt Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena serta Peronda SRS daripada Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena.

Objektif program ialah :-
1. Memantapkan ilmu pengetahuan serta peranan anggota Peronda SRS dalam menjalankan aktiviti rondaan.
2. Meningkatkan kemahiran berfikir secara lebih terbuka dan bertindak secara kreatif dan proaktif untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti.
3. Membentuk sikap dan keperbadian yang tinggi dan positif dikalangan anggota Peronda SRS.
4. Menjalin semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan anggota PDRM dengan Peronda SRS.

Antara pengisian majlis ialah pemeriksaan perbarisan anggota Peronda SRS Taman Utama, ucapan Tuan ACP Adzaman, ucapan Tuan Pengarah, penyampaian cenderahati kepada 3 orang anggota Peronda SRS Taman Utama yang menyertai Pasukan Khas Sukarelawan Rukun Tetangga (PKS - RT), jamuan makan dan rondaan bersama. Majlis berakhir pada jam 12.00 malam, manakala Peronda SRS Taman Utama bersurai pada jam 5.00 pagi.


En. Zahid Abdullah, Ketua SRS Taman Utama memberi taklimat terakhir sebelum ketibaan tetamu kehormat.

Ketibaan Pn. Noorassemah bt. Abdullah

Jiran Wanita menyambut tetamu.
Antara Peronda SRS dari Daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena yang turut menanti ketibaan tetamu kehormat

Ketibaan Pn. Rohana Omar, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar.


Ketibaan Tuan Pengarah.

Tangan dihulur mata memandang, simpanlah ingatan di dalam hati. Tuan Pengarah dan Tuan OCPD.

Tuan pengarah melakukan pemeriksaan perbarisan Peronda SRS Taman Utama dengan diiringi oleh Pengerusi KRT Taman Utama.







Nyanyian NegaraKu dan lagu Rukun Tetangga.



Antara anggota PDRM yang hadir.

Setiausaha KRT Taman Utama mempengerusikan majlis.



Jiran Muda mengedarkan buku program dan brosur KRT Taman Utama.

Antara hadirin yang hadir.



Bukan senang untuk menjalankan rondaan malam, ketika orang lain sedap tidur, Peronda SRS bersengkang mata menjaga keselamatan dan kawasan perumahan. Itu pun masih terdapat rungutan daripada orang ramai....

Sehingga akhir bulan Sptember 2013, kadar jenayah di Daerah Kota Setar, terutama kes kecurian motorsikal telah turun, tidak dinafikan penurunan ini turut dibantu oleh aktiviti rondaan malam oleh Peronda SRS

Melalui majlis ini saya mengambil kesempatan merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada isteri-isteri Peronda SRS kerana meminjamkan suami mereka kepada SRS waktu aktiviti rondaan dijalankan

Gambar selesai gimik pelancaran..

Sumbangan khas kepada Ketua Peronda SRS, En. Zahid Abdullah,

Kepada En. Mohd Fadzil Ibrahim.

Kepada En. Abdul Rashid Abdul Rahman,

Cenderamata kepada Tuan Pengarah.

Cenderamata kepada Ketua Polis Daerah.

Jamuan malam. Nasi Tomato berlaukkan ayam masak merah dan daging masak hitam.

Ketua SRS mengadap Tuan Pengarah untuk siap sedia melakukan rondaan bersama PDRM.

Rondaan bersama PDRM.

Pengerusi KRT Taman Utama mengiringi Tuan Pengarah dan Tuan ACP Adzaman melakukan rondaan.





Pasukan rondaan tiba di Pos SRS no.1, dengan disambut oleh petugas SRS di pos berkenaan.

Ketua SRS memberi taklimat di pos no.1.







Tiba di pos no.2.

Bertanya khabar Peronda SRS yang bertugas di situ.



Acara cabutan bertuah selepas selesai aktiviti rondaan.

Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena menyampaikan hadiah cabutan bertuah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Jom Ronda SRS Bersam PDRM Versi 2.0.

1 ulasan:

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin