KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, September 04, 2015

** BACAAN YASIN MUNAJAT **


Tahun 2015 kian menghampiri penghujungnya. Diakhir-akhir tahun, sebelum cuti akhir penggal persekolahan, para pelajar sekolah akan menghadapi beberapa peperiksaan yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan seperti UPSR, PT3, SPM, STPM dan STAM.

Bermula pada 8 September 2015, pelajar tahun 6 akan mulai menduduki peperiksaan UPSR. Menyedari situasi ini, biro Jiran Wanita KRT Taman Utama telah mengadakan suatu majlis Bacaan Yasin Munajat pada 3 September 2015  bagi mendoakan kejayaan anak-anak Taman Utama yang bakal menduduki beberapa peperiksaan yang dinyatakan di atas.

Majlis telah diketuai oleh Ustazah Che Nazrah bt. Yusof yang dijemput khas oleh Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Utama, Pn. Ustazah Rogayah bt. Ramli. Ustazah Che Nazrah merupakan pendakwah bebas yang popular di kawasan Utara dan beliau juga merupakan Pengerusi KRT Seri Bendahara yang terletak kira-kira 5 KM dari Taman Utama.

Majlis bermula pada jam 9.30 malam. Turut hadir adalah seramai 10 orang anggota AMANITA PDRM Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar serta peserta Amanah Ikhtiar Malaysia yang menyewa premis Pusat Rukun Tetangga Taman Utama untuk mengadakan mesyuarat mingguan mereka.

Terima kasih kepada Jiran Wanita yang terlibat menyediakan menu untuk jamuan majlis tersebut serta beberapa orang warga Taman Utama yang turut menyumbang wang ringgit dan makanan kudapan.


Gotong royong packing nasi kandar.









Kehadiran orang yang terlalu ramai hingga melimpah ke luar dewan.



Anggota AMANITA memakai pakaian korporat mereka.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin