KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, September 11, 2015

** PERLAWANAN KAROM PERSAHABATAN **


Bagi memantap dan berkongsi pengalaman bersama dalam menjalankan aktiviti rondaan, KRT Taman Utama telah menerima tetamu daripada KRT Bukit Lada, Daerah Pokok Sena pada 10 September 2015. Kunjungan seramai 20 orang Peronda SRS KRT Bukit Lada ini diketuai oleh Pengerusinya sendiri iaitu En. Rahim.

Turut hadir ialah En. Abdul Halim Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar dan En. Azmi Che Daud, Setiausaha KRT Jalan Ambar, Alor Setar. Mereka tiba pada jam 10.00 malam dan disambut oleh barisan AJK dan Peronda SRS Taman Utama. Tetamu yang datang ini telah dihidangkan dengan menu bihun goreng dan teh tarik.

Objektif utama kunjungan adalah untuk merapatkan hubungan dua hala antara KRT, beramah mesra sesama Peronda SRS dan perkongsian pengalaman aktiviti rondaan malam. Bagi mengisi kunjungan ini diadakan juga perlawanan persahabatan karom yang merupakan permainan dalaman yang sering dimainkan oleh Peronda SRS di semua KRT yang menjalankan aktiviti SRS.

Perlawanan yang dijalankan mengikut format 3 perseorangan dan 2 bergu telah dimenangi oleh KRT Taman Utama. Tahniah dan syabas kepada ke dua KRT. Telah menjadi adat permainan ada yang kalah dan ada yang menang, namun apa yang penting adalah impak dari kunjungan ini adalah hubungan erat antara ke dua buah KRT.


Ucapan aluan Pengerusi KRT Taman Utama.

Ucapan Penolong Pegawai Perpaduan.

Ucapan balas Pengerusi KRT Bukit Lada.

Cenderahati untuk KRT Bukit Lada.

Perseorangan pertama.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin