1. Meraikan hari kebesaran Islam.
3. Menyatukan penduduk dalam suatu program.
Program Asyura 1432H ini telah mencetuskan beberapa elemen baru dalam ertikata penyatuan dan semangat kerjasama sesama penduduk Taman Utama tanpa mengira status, samada penduduk tetap atau penyewa. Program ini tidak mengguna satu sen pun wang KRT kerana mendapat sumbangan kewangan daripada penduduk bagi menjayakannya.
Jika program pada tahun 1431H, program asyura telah mendapat sumbangan RM 697.00 daripada 62 orang penduduk, namun pada kali ini jumlah penyertaan dan sumbangan wang telah meningkat kepada RM 1,106.00 daripada 84 orang penduduk. Terdapat beberapa orang penduduk yang sebelum ini tidak pernah menyertai aktiviti ataupun menyumbang wang ringgit telah tampil berbuat demikian. Ini membuktikan bahawa dari hari ke hari KRT Taman Utama telah berjaya memainkan peranan atau objektif yang dikehendaki oleh JPNIN iaitu untuk menyatukan masyarakat atau komuniti di bawah suatu payung yang bernama Rukun Tetangga.
Disebabkan jumlah penyertaan dan sumbangan wang yang diluar jangkaan, program asyura ini telah bermula mulai petang hari Jumaat, 17.12.2010 dengan Jiran Wanita melakukan kerja-kerja membersih dan menyiang bahan asas masakan asyura, manakala kaum lelaki menyediakan peralatan seperti pemasangan khemah, peralatan memasak dan membeli bahan keperluan.
Kesimpulannya, program kali ini telah berjaya menyatu, mengumpul dan menerbitkan semangat kekeluargaan dan semangat kejiranan dikalangan penduduk Taman Utama. Semoga semangat yang tercetus hasil program seumpama ini dapat dikekalkan buat selamanya. Bulat air kerana pembentung, bulat manuasia kerana muafakatnya.
Jiran Usia Emas, Mak Lang, sedang menggoreng ikan kering untuk dimakan bersama pulut.
Setiausaha sedang melabel nombor rumah penduduk untuk agihan bubur asyura.
Peronda SRS turut menyumbang tenaga mereka dalam program Asyura ini.
Jiran Wanita yang bertugas memasak nasi tengahari...
Ini dia AJK yang berjawatan Sister di Hospital Sultanah Bahiyah sedang menunjukan skill mengacau bubur mereka.
Bacaan doa diketuai oleh Tuan Haji Mahmud, suami Bendahari KRT Taman Utama.
Menadah tangan mengaminkan doa bagi memberkati majlis..
Makan tengahari...
Jiran Wanita sedang menjamu selera..
Tunas Jiran perempuan...
Jiran Muda turut membantu mengagihkan bubur...
Tu dia.... Setiausaha sedang membancuh air mempelam Tobiar Gold, keluaran MADA, yang disumbangkan oleh En. Mohd Fauze b. Kemerdin, Peronda SRS yang bertugas di MADA. Betul-betul HOLIAUUU...
Pengerusi Jiran Wanita berposing maut dengan suami...
Awas ! masih panas lagi ni ....
Terima kasih kepada semua penduduk yang menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program asyura kali ini. Semoga apa yang kita lakukan ini mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T....
Tahniat atas kejayaan ini.. usaha murni perlu dipupuk dan menjadi satu amalan yg berpanjangan. ia tampak kesatuan yang tinggi..
BalasPadam