KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, Disember 31, 2010

Tanggal 15 Disember 2010, hari Rabu merupakan suatu tarikh keramat untuk warga KRT Taman Utama kerana menerima kunjungan daripada En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah.

Sehari sebelumnya, Setiausaha telah menghubungi Tuan Pengarah memaklumkan perkembangan pembinaan Pusat Rukun Tetangga Taman Utama yang sedang dibina secara bergotong royong oleh AJK, Peronda SRS dan beberapa orang penduduk Taman Utama serta menjemput Tuan Pengarah untuk datang melihat premis ini.

Tuan Pengarah kemudian memberi persetujuan untuk datang dan melihat sendiri premis ini bersama Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap, Puan Noorassemah bt. Abdullah. Turut hadir ialah 2 ( dua ) orang wartawan akhbar Sinar Harian, Cik Shahni Farhana dan Cik Maria Uffa yang banyak membantu dan menyiarkan aktiviti KRT Taman Utama di dada akhbar berkenaan.

Kunjungan yang berlangsung hampir 1 jam ini telah merapatkan lagi ikatan ukhwah antara pihak JPNIN dan KRT Taman Utama. Beberapa orang Jiran Wanita telah bergotong royong membantu menyediakan makanan tengahari dengan bermenukan masakan ala kampong bagi meraikan kunjungan Tuan Pengarah.

Diakhir kunjungan Tuan Pengarah telah bersetuju untuk memberikan tambahan bantuan kewangan bagi menyiapkan beberapa bahagian premis yang masih belum dibina iaitu tandas dan bekalan air. TERIMA KASIH DAUN KELADI TUAN !!!!

Sesungguhnya kunjungan dan bantuan tambahan yang dihulurkan ini akan menyemarakkan lagi semangat warga KRT Taman Utama dalam mengadakan aktiviti di dalam Taman Utama, ini memandangkan kerana selama KRT ditubuhkan mulai Jun 2004, tiada kemudahan premis seumpama ini di Taman Utama. Segala aktiviti hanya berpusat dan beroperasi di rumah Setiausaha sahaja.

Inilah hadiah tahun baru 2011 yang amat bermakna bagi kami seluruh warga KRT Taman Utama.


Tuan Pengarah sedang memperkatakan sesuatu kepada Setiausaha.

Puan Noorassemah sedang memberikan taklimat berkaitan KRT Taman Utama kepada Tuan Pengarah.


Tetamu dan AJK KRT Taman Utama sedang menikmati jamuan tengahari.




Cik Shani Farhana dan Cik Maria Uffa sedang menemubual Tuan Pengarah.


Tuan Pengarah dan Pegawai Perpaduan Daerah bergambar bersama Pengerusi dan beberapa orang AJK yang hadir di hadapan Pusat Rukun Tetangga Taman Utama..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin