KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Disember 25, 2010

MAJLIS BACAAN YASIN / DOA SELAMAT & KENDURI KESYUKURAN

Tarikh : Jumaat, 24 Disember 2010.
Tempat : Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.
Masa : 9.00 malam.
Menu : Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Daging Masak Kicap, Acar Buah, Dalca, Pisang dan Air Tembikai.

Majlis ini pada mulanya dianjurkan oleh Setiausaha KRT Taman Utama, En. Yahya Abd Raof kerana kejayaan anak sulung beliau ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UiTM Arau pada 27 Disember 2010 nanti sekaligus untuk kesejahteraan Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Menu beliau agak ringkas sahaja kerana kekurangan bajet dihujung tahun, iaitu Nasi Lemak Ikan Bilis dan Sambal Udang.

Namun sehari sebelumnya, bakal AJK yang baru, En. Shaharudin b. Saad telah memaklumkan hasrat beliau untuk turut mengadakan jamuan kesyukuran kerana kejayaan anak beliau mendapat 8A dalam PMR yang diumumkan pada 23.12.2010. Ini diikuti oleh Pn. Noor Hashimah bt. Yusoff, dimana anak beliau turut memperolehi 7A, 1B dikuti oleh Pn. Huzaimah bt. Hashim yang merahsiakan kejayaan anaknya tetapi turut menghulurkan sumbangan wang ringgit untuk menjayakan majlis ini.

Dari menu Nasi Lemak yang dirancang telah bertukar kepada menu yang dinyatakan di atas. Inilah yang dikatakan keberkatan hasil muafakat sesama penduduk.

Alhamdulillah majlis ini berjalan dengan penuh meriah dengan penduduk turut datang membantu bergotong royong memasak menu yang ditetapkan tanpa mengira peringkat umur mulai dari jam 9.00 pagi. Pada waktu tengahari isteri Setiausaha telah sudi menyediakan laksa untuk penduduk yang hadir menyediakan menu.

Hampir 150 orang penduduk telah hadir pada malam bacaan Yasin tersebut yang diketuai oleh mantan Pengerusi KRT iaitu En. Ismail b. Haji Kasim, Bilal Masjid Seberang Pumpong yang menggantikan Imam Masjid yang tidak dapat datang kerana uzur.

Jiran Wanita sedang mengupas bawang. Yang berkaca mata tu ialah isteri Ketua Peronda SRS...

Salah seorang Jiran Wanita yang baru menetap di Taman Utama turut menyertai gotong royong memasak. Lupa pulak nak tanya siapa namanya...

Jiran Muda turut membantu menggoreng Ayam Masak Merah. Ish ! Ish ! anak sapa ni haaa....

Sessi memotong nenas dan timun untuk acar buah.

En. Ismail b. Haji Kasim berucap sebelum memulakan majlis bacaan Yasin.

Disebabkan terlalu ramai kaum lelaki yang hadir, golongan Jiran Wanita terpaksa membaca Yasin di luar premis Pusat Rukun Tetangga.

Dr. Ahmad Fauzey, berbaju biru, Pakar Orthopedik yang tinggal di Taman Utama turut menyertai majlis.

Sessi menjamu selera, selepas bacaan Yasin .....

Antara Jiran Usia Emas yang sempat di candid...

Air bacaan Yasin ini kemudiannya diagihkan kepada penduduk yang hadir..

Alahai ... kesian kat Jiran Wanita kerana terpaksa makan kat luar premis....

Gelagat geng Jiran Muda. Mereka inilah yang membantu membasuh peralatan memasak dan menyimpan peralatan tersebut kembali ke dalam setor.

Sessi bersantai melapangkan perut yang penuh berisi di luar premis..

Tuan Bilal sedang memilih menu...

En. Pissal b. Abu. pegawai syarikat e - Idaman yang memantau program Kitar Semula di Taman Utama turut hadir. Hai En. Pissal, menggaru kepala nampak? itulah datang lewat sangat, makanan dah habis... tak pa.. nanti kita keluar makan kat kedai .... tapi bukan kedai dang dut ye bangg...

Apa pun, terima kasih kepada En. Pissal kerana menghantar lebih kurang 20 pek Asyura daripada syarikatnya pada petang majlis bacaan Yasin ini.

Setiausaha keletihan sesudah majlis... waktu gambar ini diambil ialah pada jam 1.30 pagi....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin