KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Disember 08, 2010

SEMINAR KESELAMATAN (SRS) DAN CERAMAH 1 MALAYSIA

Tarikh : 8 Disember 2010.
Tempat : Dewan Kelab Kilat TNB, Seberang Jalan Putra, Alor Setar.
Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Anjuran : JPNIN Daerah Kota Setar / Padang Terap.

Seminar ini diadakan khas untuk KRT dalam Daerah Kota Setar / Padang Terap yang mempunyai SRS sahaja dan disertai hampir 120 orang peronda. SRS KRT Taman Utama telah menghantar seramai 18 orang peronda, seperti yang ditetapkan oleh pihak JPNIN Daerah Kota Setar / Padang Terap.

Program yang dijalankan selama sehari suntuk ini dan telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah.

Program diisi dengan taklimat khas berkaitan SRS oleh En. Mohd Yusof b. Daud, Pegawai Perpaduan Kanan JPNIN Kedah, dialog bersama PDRM Daerah Kota Setar dan Pejabat Agama Daerah Kota Setar dan diakhiri dengan ceramah 1 Malaysia oleh Jabatan Penerangan Daerah Kubang Pasu pada waktu petangnya yang turut disertai oleh beberapa orang AJK dari KRT yang terdapat dalam Daerah Kota Setar / Padang Terap.



Setiausaha bersama En. Mohd Yusof b. Daud, Pegawai Perpaduan Kanan JPNIN Kedah.




Peronda SRS KRT Taman Utama sedang mendaftarkan diri.


















Peronda SRS KRT Taman Seri Abadi, Kuala Kedah.


Peronda SRS KRT Taman Wira Mergong.






















Peronda sedang bersarapan pagi... Mee goreng dan kuih.










Pegawai PDRM Daerah Kota Setar sedang memberikan taklimat keselamatan.


Pengerusi KRT Taman Utama sedang melontarkan beberapa soalan dalam sessi dialog.


Makan tengahari...


En. Harun, Pegawai Penerangan Daerah Kubang Pasu sedang menyampaikan ceramah 1 Malaysia yang mendapat sambutan hangat dari peronda.


Peserta ceramah 1 Malaysia dari KRT Taman Derga Jaya.


Jiran Wanita sedang menyanyikan lagu 1 Malaysia..




Pengarah JPNIN Kedah sedang berucap di perasmian penutup.


Ketua Peronda SRS KRT Taman Utama bersama anak buahnya bergambar berlatar belakangkan backdrop seminar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin