KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Ogos 21, 2010

IHYA RAMADHAN 1431H - 1

Sempena bulan Ramadhan 1431H, KRT Taman Utama dan Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama (Pakatan Taman Utama) telah berganding bahu dan tenaga dalam aktiviti mengimarahkan bulan mulia ini.

KRT Taman Utama telah mengeluarkan peruntukkan RM 300.00 bagi aktiviti ini manakala pihak Pakatan Taman Utama pula telah membuat kutipan sumbangan wang daripada penduduk. Alhamdulillah sehingga 21 Ogos 2010, sebanyak RM 1,222.00 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan penduduk. Pihak Jawatankuasa kedua belah pihak yang majarotinya adalah orang yang sama telah menetapkan untuk mengadakan 4 kali majlis berbuka puasa dan jamuan moreh di Masjid Seberang Pumpong yang terletak berhampiran Taman Utama.

Pada setiap petang, mulai hari pertama puasa, Setiausaha KRT yang juga Setiausaha Pakatan akan membuat penghantaran dan mengagihkan buah kurma untuk berbuka puasa manakala pada setiap hari Sabtu, mulai 21 Ogos 2010 akan diadakan gotong royong memasak jamuan untuk majlis berbuka puasa dan jamuan moreh di Masjid Seberang Pumpong yang hampir separuh daripada yang menghadirinya ialah pelajar Kolej Universiti INSANIAH yang tinggal menyewa berdekatan masjid tersebut.

Tarikh yang telah ditetapkan untuk majlis tersebut adalah seperti berikut :

21 Ogos 2010 - Moi Sup Berkari.
28 Ogos 2010 - Bihun Goreng.
31 Ogos 2010 - Nasi Tomato.
04 September 2010 - belum ditetapkan.

Pada 21 Ogos 2010, menu pertama telah berjaya diadakan. Ketua Chef bagi menu ini ialah Puan Maheran, isteri kepada En. Abd Rashid b. Omar, AJK KRT Taman Utama. Menu ini sering dihidangkan oleh masyarakat kampongnya di Gunung Keriang apabila selesai sesuatu jamuan kenduri perkahwinan.

Bahan utama ialah beras, daging, tulang dan udang. Alhamdulillah program yang bermula dari jam 11.00 pagi akhirnya berjaya dihasilkan dan di siapkan pada jam 5.00 petang. Sebahagian daripada Moi Sup ini telah diagihkan oleh Jiran Muda kepada penderma untuk program ini, manakala selebihnya dihantar ke Masjid Seberang Pumpong.



AJK KRT, Jiran Wanita dan Jiran Muda sedang menyiang bahan basah untuk penyediaan bahan menu.






Pn. Maheran, berbaju biru sedang memberikan tip dan panduan masakan.




Haaa... dah nak mula dah...


En. Abd Rashid sedang menunjukkan skil mendayung...


Tu dia! merah berapi Moi Sup ni...... betul-betul Holiaw...


Kerja-kerja pengagihan diketuai oleh En. Abd Rashid b. Abd Rahman.




Suasana sekitar majlis berbuka puasa pada 21 Ogos 2010 di Masjid Seberang Pumpong.











1 ulasan:

  1. Salam sejahtera! Saya ingin memperkenalkan satu Online visi Jiran Tetangga kepada penduduk-penduduk dari KRT Taman Utama :)

    www.i-Neighbour.com

    Ianya satu jiran tetangga yang lebih kurang sama dengan Facebook. Anda boleh gunakan alat-alat yang dibekal untuk menjalankan urusan-urusan KRT anda dengan senang dan lekas.

    Sila memperkenalkannya kepada jiran-jiran anda kerana ia memang dapat membantu KRT anda berkembang dengan lebih bagus :)

    Selamat berpuasa~!!

    BalasPadam

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin