KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, November 11, 2010

BANJIR DI TAMAN UTAMA.


Alhamdulillah, banjir besar yang melanda Kedah bulan November 2010 hanya mendapat tempiasnya sahaja di Taman Utama walaupun kawasan persekitarannya dilanda banjir. Taman Utama agak bernasib baik kerana paras kedudukannya yang agak tinggi walaupun berhampiran dengan Sungai Kedah yang besar dan dalam airnya. ( hampir 100 meter dari Taman Utama ).

Pada tahun 2005, banjir besar yang melanda Kedah sedikit pun tidak menjejaskan Taman Utama, namun pada kali ini tempiasnya turut dirasai apabila air melanda masuk ke kawasan longkang dan memenuhi kawasan hadapan dan belakang rumah, namun tidak memasuki ke dalam rumah. Walaubagaimanapun semua penduduk telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan peralatan rumah seperti perabot dan barangan letrik ke tempat yang lebih tinggi bagi mengelakkan sebarang kejadian yang lebih buruk.

Apa yang meruncingkan ialah apabila berlaku krisis ketiadaan air bersih apabila bekalan air paip telah ditutup akibat loji penapisan air turut tenggelam oleh banjir menyebabkan penduduk Taman Utama terpaksa menggunakan air sungai dan air sawah padi yang berhampiran untuk urusan memasak, membasuh dan sebagainya.

Pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang menghantar air bersih hanya beroperasi pada waktu malam sahaja dan keadaan menjadi kelam kabut dan menimbulkan ketegangan apabila terdapat segelintir penduduk yang berebut-rebut mendapatkan air dari lori yang menghantar air tanpa menunggu dan mengikut giliran blok kediaman masing-masing.

Peronda SRS KRT Taman Utama turut memainkan peranan dalam menangani banjir ini apabila setiap malam anggotanya berjaga sepanjang malam di Pusat Komuniti yang sedang dibina untuk menghadapi sebarang kemungkinan buruk yang berlaku. Alhamdulillah, keadaan semuanya terkawal sehinggalah banjir besar ini surut dan keadaan pulih seperti biasa.

Namun Setiausaha KRT Taman Utama turut dilanda trauma dan fobia apabila anak bongsunya yang berusia 4 tahun hampir lemas akibat terjatuh ke dalam parit besar yang berada di belakang Taman Utama. Ketika kejadian, beliau dan beberapa orang AJK KRT yang lain sedang bergotong royong membina Pusat Komuniti berhampiaran parit tersebut, manakala anak beliau dan beberapa orang lagi kawannya sedang bermain di belakang Pusat Komuniti yang menyebabkan terlindung penglihatan untuk melihat dan mengawasi mereka.

Ketika anaknya hendak pulang ke rumah, berlakulah kejadian tersebut apabila terjatuh ke dalam parit besar kerana gagal mengesan jambatan kecil yang menghubung kawasan permainan dan jalan besar Taman Utama. Hampir 25 meter anak beliau dihanyutkan oleh air banjir yang deras. Namun Allah masih memanjangkan usia anak beliau apabila diselamatkan oleh salah seorang penduduk yang secara kebetulan pergi ke tepi parit tersebut untuk mengambil air.

Air banjir yang melanda di Taman Utama.

Keadaan Masjid Seberang Pumpong tempat penduduk Taman Utama menunaikan ibadat solat.

Air banjir memasuki padang bola Taman Utama.

Kawasan padang bola.

Kawasan lorong belakang blok rumah Taman Utama.

Antara kawasan blok rumah yang digenangi air di hadapan rumah.

Masjid Seberang Pumpong dari pandangan belakang.

Jalan besar antara Taman Utama dan Kg. Seberang Pumpong

Penduduk sedang menadah air yang dibekalkan oleh SADA.

Rumah kakak Setiausaha KRT Taman Utama di Jitra.

Jiran Muda dan Tunas Jiran menunggu giliran mendapatkan air bersih.

Keadaan di sekitar landasan keretapi berkembar yang sedang dibina dan dikatakan antara faktor yang menyumbang banjir besar kerana menghalang pergerakan air.

Parit besar inilah tempat anak Setiausaha KRT Taman Utama terjatuh.

Anak Setiausaha KRT Taman Utama, Nur Shahidatul Ain, 4 tahun yang kelihatan pucat selepas kejadian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin