KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, November 23, 2010

PROGRAM BAKTI BANJIR SISWA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Program ini telah dilangsungkan pada hari Selasa, 23 November 2010. Program diketuai oleh Puan Rosna bt. Abdul Rahman, Pengetua Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan dibantu oleh En. Rohaizat b. Abdul Wahab dan En. Muhammad ZulHusni b. Munir, Felo Kolej Kedua UPM manakala En. Norfirdaus b. Mohamed Zais bertindak selaku Pengarah Program Bakti Banjir Siswa Kolej Kedua UPM.

Program yang melibatkan seramai 50 orang siswa ini adalah bagi membantu mangsa-mangsa banjir dalam kawasan Parlimen Alor Setar dengan melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan. Antara sasaran utama ialah rumah, pusat kegiatan masyarakat dan tempat ibadat.

Setiausaha KRT Taman Utama yang mendapat panggilan talipon disaat-saat akhir iaitu pada jam 9.00 malam, daripada Jawatankuasa UMNO Parlimen Bahagian Alor Setar sempat menghadiri mesyuarat khas bagi mengawasi dan merangka program untuk siswa ini.

Mesyuarat telah diadakan di Taman Tunku Tabor (bersebelahan Taman Utama) dan telah dipengerusikan oleh Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar, Tuan Haji Abd Kadir. Disebabkan kebanyakan rumah telah pun dibersihkan sendiri oleh penduduk, mesyuarat bersetuju supaya usaha pembersihan bertumpu ke tempat ibadat iaitu masjid dan surau yang terdapat disekitar Seberang Pumpong. Manakala untuk aktiviti bersama masyarakat, mesyuarat bersetuju diadakan di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama yang masih dalam pembinaan.



Ketibaan siswa UPM.

Tuan Haji Abd Kadir, berbaju batik sedang mempengerusikan mesyuarat.

Setiausaha KRT Taman Utama sewaktu bermesyuarat.

Siswa siswi UPM sedang menikmati sarapan pagi sebelum menjalankan operasi pembersihan.

AKTIVITI SOSIAL SISWA UPM BERSAMA TUNAS JIRAN DAN JIRAN MUDA KRT TAMAN UTAMA. AKTIVITI ADALAH BERCORAK LATIHAN DALAM KUMPULAN.






























































Siswa siswi meninggalkan Taman Utama....

OPERASI MEMBERSIHKAN MASJID AL-HUSSAIN, SEBERANG PUMPONG.







Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan, intailah kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan.

Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, mai lah ke sini lagiiii..

1 ulasan:

  1. terima kasih untuk post ni!
    kalau ada masa kami datang lagi...
    seronok!

    BalasPadam

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin