KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, November 15, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KE 4/2010


Mesyuarat Jawatankuasa KRT Taman Utama bagi kali ke 4 untuk tahun 2010 telah diadakan pada hari Isnin, 15.11.2010. Walaupun hanya 4 kali bermesyuarat rasmi, tetapi beberapa mesyuarat sessi pelaksanaan dan persiapan program telah pun diadakan beberapa kali untuk tahun ini.

Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 malam ini telah diadakan di Pusat Rukun Tetangga yang sedang dalam pembinaan. Pembinaan secara keseluruhannya telah siap 80% hanya urusan berkaitan pemasangan cermin tingkap, pintu, cat dan lantai serta pemasangan letrik dan air yang belum dilaksanakan.

Mesyuarat pada kali ini membincangkan isu berkaitan post-mortem Jamuan Hari Raya Aidilfitri, program anjuran JPNIN, pembinaan Pusat Rukun Tetangga, program qurban AidilAdha, program cuti sekolah dan pemilihan jawatankuasa bagi sessi 2011/2012.

Bagi sessi 2011/2012 mesyuarat bersetuju menerima permohonan perletakan jawatan En. Abd. Ghafur b. Mohd Akib dan Pn. Rohani bt. Shaari disebabkan atas alasan faktor kesihatan yang mereka kemukakan. Manakala pengganti mereka dan 3 lagi kekosongan AJK yang ada akan disi oleh 5 orang penduduk yang telah dipersetujui oleh mesyuarat iaitu :

1. En. Shaharudin b. Saad ( bekas AJK lama ).
2. En. Mohd Nor b. Abu Bakar ( bekas AJK lama ).
3. En. Ahmad Sharipudin b. Abu Kasim ( muka baru ).
4. En. Nik Ridhuan b. Nik Lah ( muka baru ).
5. Pn. Rohayati bt. Ahmad Mokhtar ( muka baru ).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin