2/3 daging qurban daripada setiap peserta ibadah qurban tersebut telah dijadikan kenduri untuk semua penduduk Taman Utama. Selain daripada itu daging tersebut turut dibuat barbeque oleh Tunas Jiran dan Jiran Muda pada waktu malam.
Doa selamat turut diadakan yang diketuai oleh En. Mohamad Sharipudin b. Abu Kasim, AJK baru yang dilantik untuk sessi 2011/2012.
Kesimpulannya program yang pertama kali diadakan ini telah menyemarakkan lagi Hari Raya AidilAdha tahun ini dan dapat mengumpul dan merapatkan lagi ikatan perpaduan dan semangat berkerjasama dikalangan penduduk Taman Utama
Tuan Imam Masjid Seberang Pumpong sedang melakukan sembelihan qurban.
Jawatankuasa dan penduduk berganding bahu memotong daging.
Tu dia ..... En. Mohd Sharipudin ( Shah ) sedang memasak sup ! bersemangat beliau nampaknya, apatah lagi setelah ditawarkan sebagai AJK baru untuk sessi 2011/2012 nanti...
Tunas Jiran dan Jiran Muda sedang membakar daging....
Jeng ! jeng ! dah nak masak ni ..... Yummiiii
Betul-betul HOLIAU ... sup untuk makan malam..
Haaa!!!!... yang ni daging masak kicap ....
Jiran Muda mendirikan khemah untuk tidur dan berjaga malam dalam Pusat Rukun Tetangga yang masih belum siap. Bimbang juga jika daging qurban di NGAP oleh binatang, maklumlah bangunan ini masih belum dipasang pintu....
En. Shah sedang mengagihkan daging kepada peserta.
Hai! En. Nasir, memberus gigi lembu ke ?
Jiran Wanita tanpa mengira usia turut berganding bahu menyediakan bahan untuk masakan.
Setiausaha sedang memotong daging. tapi mana dagingnya tak nampak pun? alamak, gambar ni diambil oleh anak daaaa ..
En. Fadzil dan En. Shaharudin sedang menunjukkan kepakaran masing-masing membasuh perut lembu dengan kapur....
Pengerusi Jiran Wanita dengan menu kari daging dan rebungnya...
Menu masak kicap
Wokey !!! kari sudah siap !
Masa yang ditunggu-tunggu ......
Tu dia... geng Jiran Wanita sedang menikmati sup tulang ....
Yang ni pula geng Tunas Jiran dan geng Jiran Muda ..
Alhamdulilah... tahun hadapan kita adakan lagi .... Terima kasih kepada semua peserta dan penduduk yang terlibat dalam ibadah qurban ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.