KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, November 01, 2010

PROGRAM PEMANTAPAN INTERAKSI ANTARA PDRM DENGAN SRS NEGERI KEDAH.

Suatu penekanan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah memerangi jenayah, dan KRT melalui SRS akan diberi suatu tugas yang istimewa dan lebih penting ! - Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. ( Sinar Harian, 28 Jun 2010 )

Menyahut seruan daripada Menteri yang menerajui potfolio berkaitan perpaduan ini, maka program khas untuk SRS Negeri Kedah ini telah diadakan pada 28 Oktober 2010 di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani, Kedah.

Ianya selaras dengan tekad dan iltizam Pengarah JPNIN Negeri Kedah En. Mohd Saidi b. Midin apabila menjawat jawatan Pengarah JPNIN Negeri Kedah. Tiga sasaran utama beliau ialah yang pertama memperkasakan SRS Negeri Kedah, ke dua mengeratkan perhubungan antara PDRM dengan SRS dan ketiga mengurangkan kadar jenayah dalam kawasan KRT yang mempunyai SRS.

Justeru tidak hairanlah semenjak beliau menjawat jawatan ini pelbagai program berkaitan SRS sering diutamakan oleh beliau dengan langkah pertamanya ialah dengan mengadakan Kem SRS Peringkat Negeri Kedah di PJ Campsite pada 3 Julai 2010 lalu yang diiktiraf oleh En. Zulkifli b. Hashim, Pegawai JPNIN PutraJaya sewaktu menyampaikan ceramah beliau sebagai yang pertama kem untuk SRS diadakan di Malaysia

Program Pemantapan Interaksi Antara PDRM Dengan SRS Negeri Kedah ini melibatkan penyertaan daripada 119 SRS seluruh Negeri Kedah dan anggota PDRM Negeri Kedah dan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JPNIN yang diwakili oleh Tuan L. Gandesan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPNIN.

Program ini diisi dengan ceramah "Peranan Peronda SRS Menangani Masalah Jenayah" oleh Tuan L. Gandesan sendiri, "Peranan dan Kerjasama PDRM membantu SRS dalam Menangani Masalah Jenayah" oleh Dato' Asri b. Yusoff, Timbalan Ketua Polis Negeri Kedah dan majlis menandatangani "Memorandum Pemantapan Interaksi Antara PDRM dengan SRS Kedah".

SRS KRT Taman Utama telah menghantar 4 orang peronda ke program tersebut yang diketuai oleh Ketua Peronda En. Zahid b. Abdullah, En. Mohd Fadzil b. Ibrahim, En. Abdul Rashid b. Abd Rahman dan Setiausaha KRT En. Yahya b. Abd Raof. Kesemua Peronda SRS daripada Daerah Kota Setar / Padang Terap telah pergi menaiki bas yang disediakan khas oleh Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap.


Peronda SRS KRT Taman Utama bersama En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah.


Setiausaha KRT Taman Utama bersama Tuan L. Gandesan.


Peronda SRS Daerah Kota Setar / Padang Terap dalam perjalanan ke Sungai Petani.


Peronda SRS dari seluruh Kedah tiba di perkarangan Swiss Inn, Sungai Petani.




Suasana dalam dewan Swiss Inn. alamak.... "flash" kurang elok pula !!!




Ada yang tidak dapat tempat duduk......






SAC Dato' Asri b. Yusoff, Timbalan Ketua Polis Kedah.




En. Mohd Saidi b. Midin berucap sewaktu majlis perasmian.




Tuan L. Gandesan berucap merasmikan majlis.


Majlis Memorandum pertukaran Watikah Permuafakatan antara PDRM dan SRS.


Beratur untuk jamuan makan tengahari....





Peronda SRS KRT Taman Utama sedang menanti bas untuk berangkat pulang

Bye ! bye !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin