KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Mac 16, 2011

TERIMA KASIH PAK WAN !


Sekembalinya blogger daripada Bumi Kenyalang pada 15 Mac 2011, blogger menerima sepucuk surat daripada Pak Wan di alamat I 8719, Taman Suria, Kelubi, 77000 Jasin Melaka. Malangnya Pak Wan tidak memaklumkan no telefon kepada blogger dalam surat itu.

Dari pengamatan blogger, Pak Wan mungkin di antara mereka yang mengunjungi blog ini. Dalam surat tersebut, Pak Wan ingin tahu peraturan dan perlembagaan Rukun Tetangga bagi mewujudkan KRT di perumahan beliau.

Terima kasih Pak Wan kerana sudi melayari blog ini dan tahniah kerana ingin menubuhkan sebuah lagi KRT di Malaysia. Untuk makluman Pak Wan bagi menubuhkan KRT Pak Wan perlu ke Pejabat Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Melaka atau ke Pejabat Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Daerah Jasin jika mereka mempunyai cawangan di Jasin. Di JPNIN mereka akan menerangkan secara detail dan lebih jelas kepada Pak Wan prosedur penubuhan KRT di perumahan Pak Wan atau Pak Wan sendiri boleh melayari http://www.jpnin.gov.my/. Dalam web jpnin ini Pak Wan akan mendapat jawapan apa yang Pak Wan hajati...

Okey Pak Wan ! moga perkenalan ini akan berkekalan... maaf hanya mampu menulis sekadar ini sahaja kerana masih keletihan kembali dari Bumi Kenyalang dan dalam persiapan untuk Program Cuti Sekolah untuk golongan Tunas Jiran dan Jiran Muda KRT Taman Utama dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awama Kedah sempena cuti penggal pertama persekolahan 2011 ... Wassalam ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin