KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Mac 08, 2011

MAJLIS TAHLIL

Atas idea daripada beberapa AJK KRT Taman Utama, suatu majlis tahlil telah diadakan pada 8.3.2011 untuk Allahyarhamah isteri Timbalan Pengerusi KRT Taman Utama yang kembali ke rahmatullah pada 6.3.2011.

Sumbangan derma kilat telah dilakukan dikalangan AJK KRT Taman Utama, Peronda SRS dan Ahli Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama. Hasilnya agak lumayan juga dan semua dari kalangan penderma telah turun padang menyediakan menu nasi ala kampung untuk jamuan sempena majlis tersebut yang dihadiri oleh hampir 100 orang walaupun dalam cuaca hujan lebat.

Bacaan Tahlil bermula pada jam 9.30 malam, selepas solat Isyak dan telah diketuai Tuan Haji Ali, Bilal Masjid Seberang Pumpong.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin