KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, Mac 25, 2011

AKTIVITI SRS

Pada hari Jumaat, 25 Mac 2011, aktiviti rondaan kembali diaktifkan apabila tertangguh kerana Kad Kenal Diri yang belum diperolehi dan kesibukan Sukarelawan SRS membina Pusat KRT Taman Utama. Kini, Alhamdulillah Pusat KRT tersebut telah siap 90%, hanya menunggukan sedikit peruntukan kewangan bagi memasang siling, pemasangan jerjak besi pada pintu dan pemasangan letrik di dalam tandas sahaja lagi. Sehubungan dengan itu, aktiviti SRS di KRT Taman Utama kini boleh diaktifkan kerana sudah mempunyai pos yang selesa.

Hasil perbincangan Pengerusi dan Ketua SRS, maka aktiviti ini mulai dijalankan pada 25 Mac 2011 dan setelah memaklumkan kepada sukarelawan pada waktu petangnya, seramai 15 orang sukarelawan SRS telah melaporkan diri pada jam 11.00 malam. Kesemua yang hadir telah menyumbangkan RM5.00 tiap seorang bagi membeli dan memasak pulut durian untuk makanan sepanjang menjalankan rondaan pada malam tersebut.

Sungguh menyelerakan apabila menikmati pulut durian pada malam tersebut apatah lagi dalam kesejukan malam yang diiringi dengan gerimis hujan yang turun mulai jam 10.00 malam. Rondaan mulai dijalankan pada jam 1.30 malam setelah hujan mulai reda dan berakhir pada jam 6.00 pagi.

Namun pada petang 25 Mac itu, iaitu kira-kira jam 5.00 petang beberapa orang sukarelawan ini dan penduduk Taman Utama sekali lagi telah turun padang membantu Pasukan Bomba Dan Penyelamat memadam kebakaran sebuah lagi rumah di belakang Pusat KRT Taman Utama. Tahniah dan syabas kepada Sukarelawan SRS dan penduduk Taman Utama yang turut meringankan tugas anggota Bomba pada petang tersebut.


Antara beberapa biji buah durian yang dibeli di pasar malam yang berdekatan KRT Taman Utama.


Sebahagian daripada 15 orang Peronda SRS sedang menikmati pulut durian.












Ada yang tertidur sementara menanti giliran rondaan..


Ada yang bermain karom sementara menanti hujan reda....


Tugas memasak pulut diserahkan kepada En. Abd Rashid b. Abd Rahman, seorang kakitangan Jabatan Penjara...




Sedang menengar taklimat daripada Ketua Peronda..


Inilah gambar rumah kampong yang terbakar di belakang Pusat KRT Taman Utama. Terletak kira-kira 200 meter daripada Pusat KRT.




Sebahagian sukarelawan dan penduduk yang membantu pihak Bomba Dan Penyelamat.








Apa yang penting?.. KERJASAMA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin