KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, Mac 17, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Sempena cuti penggal pertama persekolahan pada bulan Mac 2011, KRT Taman Utama telah mengadakan suatu program khas bagi Tunas Jiran dan Jiran Muda. Tujuan adalah untuk mengisi masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah dan menarik minat golongan ini.

Hasil perbincangan dengan pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah (PPAK), maka suatu program yang dinamakan Majlis Celik Membaca akan diadakan pada musim cuti ini. Program yang dicadangkan adalah berkisar kepada kaedah untuk menarik minat membaca dan pengisian ilmu di kalangan generasi muda.

Antara pengisian yang dirancang ialah pertandingan mewarna, kuiz, ceramah motivasi, kaedah pembacaan yang cepat, semarak jawi dan sebagainya sebagai suatu cara untuk menarik minat membaca.

Malangnya tarikh yang dijadualkan pada 12 dan 19 Mac tidak dapat diadakan kerana pada 12 Mac, PPAK terlibat dengan majlis Kerajaan Negeri Kedah di Stadium Darul Aman selama 3 hari, manakala Pengerusi KRT pula mengikuti pihak Koperasi Bumiputra Kedah Berhad mengadakan lawatan ke Sarawak. Tarikh 19 Mac pula pihak PPAK sekali lagi terlibat dengan majlis anjuran Kerajaan Negeri Kedah di Sungai Petani selama seminggu.

Akhirnya tarikh 16 Mac telah dipilih untuk program ini yang telah ditukar kepada Program Cuti Sekolah. Pengisiannya turut dirombak. Hanya acara pertandingan mewarna, uji minda dan kuiz sahaja yang dapat dijalankan kerana kekangan masa yang terlalu padat dan suntuk oleh PPAK.

Program ini telah mendapat sambutan hangat daripada Tunas Jiran dan Jiran Muda. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Pihak PPAK seramai 15 orang kakitangannya yang diketuai oleh Puan Roshida bt. Othman, Ketua Bahagian Gerakan Literasi, Cik Norshahila bt. Hashim, Ketua Bahagian Sirkulasi dan En. Mohd Hazare b. Zakaria, Ketua Bahagian Media telah datang mengendalikan program ini sepenuhnya.

Pihak KRT Taman Utama secara gotong royong menyediakan bihun goreng, nuget, kek dan minuman ribena dan orange untuk sarapan pagi dan makan tengahari kepada peserta dan penduduk yang hadir menyertai program ini yang dianggarkan hampir 200 orang.


Pn. Roshida bt. Othman sedang melayani peserta membuat pendaftaran.





Aksi peserta pertandingan mewarna ....




Kerana dewan sudah penuh, ramai yang terpaksa menjalankan aktiviti di luar dewan...







Segmen uji minda.














Cik Norshahila bt. Hashim sedang menyampaikan cenderamata kepada peserta uji minda dan kuiz....





Kakitangan PPAK sedang mengendalikan segmen kempen menambah keahlian sebagai ahli PPAK yang mendapat potongan diskaun sempena program ini..


Segmen chicken dance oleh PPAK sementara menunggu keputusan pertandingan.. ramai Tunas Jiran yang teruja dengan segmen ini.... lihatlah reaksi diraut wajah mereka...

















Segmen poco poco oleh KRT Taman Utama yang diketuai oleh Puan Noorhashimah bt. Yusof, Timbalan Pengerusi Jiran Wanita. ( baju merah )




Setiap peserta yang hadir menerima cenderahati daripada kakitangan PPAK.



Gambar yang memenangi kategori umur 7 hingga 9 tahun. Boleh tahan juga bakat yang dimiliki oleh kanak-kanak KRT Taman Utama. Gambar kategori umur 4 hingga 6 tahun terlupa pula nak candid...




Penyampaian hadiah kepada pemenang ....


Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merealisasikan program ini terutama kepada Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Kedah, Jabatan Perpaduan Negara Daerah Kota Setar, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah, ADUN Bakar Bata, Teras Hardware Sdn Bhd, Tat Nasi Ayam, Pustaka Union, Pustaka Shah, Toko Buku Cahaya Baru dan orang perseorangan yang menyumbangkan tenaga, wang ringgit dan makanan bagi menjayakan program ini. Hanya Allah sahaja yang akan membalasnya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin