KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Mac 02, 2011

LAWATAN DARI KRT FELCRA BELIA ROMPIN, DAERAH JEMPOL, NEGERI SEMBILAN


Pada 28 Februari 2011, KRT Taman Utama telah menerima kunjungan daripada KRT Felcra Belia Rompin, Daerah Jempol, Negeri Sembilan.Rombongan seramai 79 orang yang terdiri daripada 29 orang lelaki, 48 orang wanita dan 12 orang kanak-kanak telah diketuai oleh Pengerusinya, En. Mohd Rais bin Abdullah.

KRT ini adalah dalam rangka lawatan ke Pulau Langkawi dan bertolak dari Negeri Sembilan pada 25 Februari dan membuat lawatan ringkas ke KRT Taman Utama dalam perjalanan pulang. Mengikut jadual awalnya, kedatangan mereka adalah pada jam 3.00 petang, namun telah bertukar pada saat akhir kerana telah menempah bot daripada Langkawi pada jam 7.30 pagi.

Untuk meraikan tetamu ini pihak KRT Taman Utama telah merangka untuk memasak bihun goreng, kueh dan minum petang, namun menu ini terpaksa diubah kepada nasi ala kampung kerana perubahan waktu. Agak kelamkabut juga jadinya kerana bahan untuk masakan telah dibeli, namun bagi meraikan tetamu, semuanya diteruskan juga walaupun kurang teratur hingga terlupa beberapa segmen seperti nyanyian NegaraKu, 1 Malaysia dan menandatangani buku lawatan.

Turut hadir bagi meraikan pelawat ini ialah Puan Suria binti Baharom, Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Kedah, Puan Noorassemah binti Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar dan En. Mohd Yusof bin Daud, Pegawai Perpaduan Kanan JPNIN Negeri Kedah.

Bagi pihak AJK KRT Taman Utama dan seluruh penduduk KRT Taman Utama, blogger memohon maaf kepada Pengerusi KRT Felcra Belia Rompin, di atas kekurangan sewaktu meraikan , maklumlah hampir 95% AJK adalah kakitangan kerajaan, jadi hanya tinggal beberapa orang AJK dan beberapa oran Jiran Wanita sahaja yang dapat melayani dan meraikan anda semua.

Walaupun pertemuan ini adalah dalam keterbatasan waktu, namun semoga sedikit sebanyak apa yang dibincangkan akan dapat memberi input untuk kita semua dalam merangka aktiviti untuk komuniti kita.

Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intailah kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan..

Sekapur sirih dibawa bertandang
Di dalam puan tersusun rapi
Tangan dihulur mata memandang
Simpanlah ingatan didalam hati

AJK dua buah KRT bergambar bersama Timbalan Pengarah JPNIN Kedah dan Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar.

Jiran Wanita KRT Taman Utama sedang membuat persiapan menu nasi ala kampung.

Ahlan wa sahlan... En. Abd. Rashid Omar sedang mengedarkan brosur KRT Taman Utama dan brosur program lawatan..

Dengar cerita, kakak ni latah orangnya... tentu riuh rendah dalam bas agaknya ..

Pengerusi Jiran Wanita dua buah KRT bersama Timbalan Pengarah.

Ai sey men.. macam pengantin baru pula dua pengerusi KRT ni bila ramai yang cuba merakamkan gambar mereka.....

Bye ! bye ! ta ! ta ! ti ! ti ! tu ! tu !

Cenderamata daripada pelawat.

Kalau ada sumur di ladang

boleh kita menumpang mandi

kalau ada umur yang panjang

tunggulah kami selepas ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin