Pada hari Sabtu, 8 Oktober 2011, seramai 15 orang AJK KRT dan Peronda SRS Taman Utama telah mengadakan gotong royong menurap simen di hadapan rumah En. Abdul Rashid b. Omar dan jiran sebelah rumah beliau. Gotong royong adalah di atas jemputan En. Abdul Rashid sendiri selaku salah seorang AJK KRT Taman Utama yang merasakan usaha ini merupakan salah satu cara atau langkah untuk menarik minat jiran beliau dan penduduk yang lain untuk menyertai aktiviti KRT selepas ini.
Ini berkemungkinan apabila melihat barisan AJK dan Peronda KRT Taman Utama turut menjalankan kerja-kerja sukarela seumpama ini, bukan sekadar hanya menjalankan aktiviti kemasyarakatan lain dan melakukan rondaan sahaja, para penduduk yang masih belum menyertai aktiviti KRT akan terdetik dihati untuk menyertai program yang akan diadakan selepas ini.
Bahan pembinaan dan peralatan telah disediakan oleh En. Abdul Rashid dan jirannya sendiri, barisan sukarelawan hanya turun melakukan kerja penurapan sahaja. Gotong royong yang bermula pada jam 10.00 pagi berakhir pada jam 6.00 petang. Selaku tuan rumah, En. Abdul Rashid dan jirannya telah menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan petang, malahan turut melewati malam, apabila makanan yang berbaki diwaktu petang turut dinikmati bersama diwaktu malam.
Suasana dan aktiviti ini begitu mengujakan apabila sewaktu gotong royong para sukarelawan turut riuh rendah membahaskan bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri sehari sebelum gotong royong ini. Sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan kerajaan begitu teruja dan bersemangat sekali apabila membicarakan isu bajet yang dibentangkan.
APA YANG PENTING??? KERJAAASAMA.....
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.