KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Oktober 16, 2011

PROGRAM ZIARAH BAKAL HAJI


Panggilan haji telah tiba lagi.....

Menunaikan ibadah panggilan Baitullah

Tanah suci Mekah

Ya Makatul Mukarramah


Pada 15 Oktober 2011, bermula pada jam 9.00 malam, beberapa orang AJK KRT Taman Utama, AJK Pakatan Taman Utama, Peronda SRS Taman Utama telah melakukan kunjungan ziarah bakal haji terhadap Puan Norrizah bt. Abd Wahab, AJK KRT Taman Utama dan suaminya En. Azmi b. Harun, salah seorang Peronda SRS dan juga ahli Pakatan Taman Utama.



Kunjungan telah diketuai oleh Pengerusi KRT Taman Utama. Program ini terjadi secara tidak terancang oleh blogger dan merahsiakan kunjungan ini daripada merela berdua, hanya memaklumkan akan pergi bersama isteri sahaja, kerana tidak mahu menyusahkan mereka, apatah lagi disaat-saat hanya menunggu hari sahaja keberangkatan mereka sebagai tetamu Allah pada 19 Oktober 2011 ini. Namun program ini bocor juga dan sampai ke pengetahuan mereka, apa lagi banyak jugalah makanan yang dihidangkan untuk kami yang pergi.



Terdapat 3 pasangan suami isteri daripada Taman Utama yang menunaikan haji pada tahun ini. Dua lagi pasangan telah berangkat pada 5 dan 7 Oktober 2011 lalu. InsyaAllah program ziarah terhadap mereka akan diadakan apabila mereka kembali dari Tanah Suci nanti.


Kepada En. Azmi suami isteri dan ibu mereka yang turut pergi, semoga selamat pergi dan kembali dengan selamatnya, dan semoga mendapat haji yang MABRUR hendaknya daripada seluruh warga Taman Utama.


Bakal bergelar Tuan Haji dan Puan Hajah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin