KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, Oktober 13, 2011

PASUKAN KHAS SUKARELAWAN RUKUN TETANGGA (PKS-RT)



Bertempat di Auditorium Wisma Persekutuan, Bandar Muadzam Shah, yang dahulunya dikenali sebagai Pekan Anak Bukit, telah berlangsung suatu taklimat penubuhan PASUKAN KHAS SUKARELAWAN RUKUN TETANGGA (PKS-RT) 1 Malaysia Negeri Kedah. Taklimat pada 11 Oktober 2011 telah disampaikan sendiri oleh Yang Berusaha, Pengarah JPNIN Negeri Kedah, En. Mohd Saidi b. Midin, yang bermula mulai jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang.


Hampir 200 orang Peronda SRS dari seluruh Negeri Kedah yang mendaftar untuk menyertai pasukan ala skuad elit ini telah menghadirinya. Idea penubuhan pasukan khas itu merupakan cetusan dari Tuan Pengarah sendiri pada akhir tahun 2010 sewaktu Negeri Kedah dilanda banjir yang hebat. Beliau melihat banyak sukarelawan yang turun memberikan bantuan kepada mangsa banjir seperti pasukan Bulan Sabit Merah, Rela, Jabatan Pertahanan Awam, Bomba Dan Penyelamat dan sebagainya. Terdetiklah dihati beliau mengapa tidak pihak Rukun Tetangga sendiri yang menyertai aktiviti seumpama ini.


Ekoran dari itu beliau telah melantik beberapa orang pegawai JPNIN bagi merangka skuad khas ini. Blogger turut mandapat info dari pihak Pegawai JPNIN mengenai penubuhan pasukan ini apabila mereka menghubungi blogger untuk mendapatkan bahan berkaitan garis panduan atau kerangka penubuhan skuad ini di Perpustakaan Awam Kedah, tempat blogger bertugas.


SRS KRT Taman Utama turut menyertai Pasukan Khas Sukarelawan ini apabila menyenaraikan 3 orang Peronda SRS yang diketuai oleh ketuanya iaitu En. Zahid b. Abdullah, En. Mohd Fadzil b. Ibrahim dan En. Abdul Rashid b. Abd Rahman yang turut dihantar menyertai taklimat ini.


Skuad ini adalah yang pertama seumpamanya dari Rukun Tetangga ditubuhkan dan terdapat dalam Malaysia ini. Lebih dari RM 300.00 diperuntukkan untuk peralatan tiap seorang anggota termasuklah uniform dan peralatan lain yang bakal dibekalkan nanti. Skuad ini akan dihantar untuk misi-misi tertentu apabila berlaku bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya tanpa mengira samada ianya berlaku di Kedah ataupun di negeri lain.


Pasukan ini kelak akan diberi latihan khas yang akan diseliakan dan diawasi oleh beberapa agensi seperti Bomba dan Penyelamat, Bulan Sabit Merah, PDRM dan seumpamanya.


Syabas dan tahniah kepada Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah dengan inisiatif penubuhan Pasukan Khas Sukarelawan ini. Selamat bertugas dan maju jaya kepada para sukarelawan SRS yang menganggotai skuad ini. Semoga usaha, keringat dan bakti tanpa mendapat sebarang bayaran ini akan diberi "GAJI" yang setimpal oleh ALLAH SWT di akhirat kelak, InsyaAllah.


Sessi pendaftaran yang membekalkan sehelai tuala besar kepada para peserta taklimat.


Berdiri hormat untuk lagu NegaraKu dan 1 Malaysia.


Barisan Pegawai dan kakitangan JPNIN.


Antara Peronda SRS yang hadir.





Tuan Pengarah sedang menyampaikan taklimat.


Tuan Syed Yahaya daripada SRS Sungai Limau sedang melontarkan soalan dalam sessi soal jawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin