Seminar selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Institut Kemajuan Desa, Bangi, Selangor. Seminar dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri melalui Kelab Penyokong 1 Malaysia serta mendapat kerjasama daripada Biro Tata Negara Negeri Kedah, Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Negeri Kedah. Seminar berlangsung mulai 18 Oktober 2011 dan berakhir pada 20 Oktober 2011.
Seramai 202 orang peserta yang terdiri dari kalangan Ahli Jawatankuasa KRT dari seluruh Negeri Kedah telah dipilih menyertai seminar ini yang antara lain objektifnya ialah untuk memberi taklimat atau pendedahan kelangsungan atau survival politik di Malaysia kepada peserta yang menyertainya terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti.
Dari Daerah Kota Setar / Padang Terap, seramai 40 orang peserta telah dipilih, namun pada hari bertolak hanya 38 orang sahaja yang pergi manakala 2 orang lagi difahamkan terpaksa menolak disaat-saat akhir kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan. KRT Taman Utama diperuntukkan 2 orang peserta yang diwakili oleh Pengerusi dan Bendahari.
Rombongan dari Daerah Kota Setar / Padang Terap telah bertolak dari Pekan Rabu pada jam 11.30 malam dan berkumpul dengan rombongan dari daerah-daerah lain di Gunung Semanggol Perak dan tiba di Kuarters Biro Tata Negara KLIA untuk sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke INFRA dan tiba pada jam 10.00 pagi.
Sejurus tiba, semua peserta mendaftarkan diri, diikuti dengan pemeriksaan kesihatan, pembahagian bilik penginapan, makan tengahari dan taklimat program. Seminar bermula pada jam 2.30 petang dan berlarutan hingga ke jam 12.00 malam pada setiap hari.
Antara yang terlibat memberikan taklimat ialah Y. Bhg Dato' Haji Shahlan b. Ismail, Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri, YB Tan Sri Abu Zahar b. Dato' Ujang Nika, Yang DiPertua Dewan Negara, Y. Bhg Tan Sri Dato' Seri Prof Dr. Ibrahim b. Abu Shah, Y. Bhg Dato' Salleh b. Mat Rasid, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam PDRM dan Y. Bhg Prof Dato' Dr. Mohd Yusof b. Haji Othman.
Saedin b. Chik.








Sessi bersama Tan Sri Dato' Seri Prof Dr. Ibrahim b. Abu Shah yang membangkitkan isu mengkristiankan Melayu dan gejala murtad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.