KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Disember 10, 2011

** PROGRAM BUBUR ASYURA 1433H **


Bulat air kerana pembentungnya, bulat manusia kerana muafakatnya. Itulah pegangan atau prinsip yang cuba diketengahkan dalam program Asyura untuk tahun 1433H ini.



Alhamdulillah pada Muharram 1433H ini, KRT Taman Utama yang bergandingan dengan Pakatan Kebajikan & Kemasyarakatan Taman Utama sekali lagi telah berjaya mengadakan aktiviti mengacau bubur Asyura.


Sebanyak RM 1145.00 telah berjaya diperolehi hasil sumbangan daripada penduduk Taman Utama. ( Lebihan wang ini akan digunakan untuk program pada bulan Januari 2012 ). Selain daripada wang ringgit, terdapat juga dikalangan penduduk yang menyumbangkan bahan Asyura seperti pisang, gula dan sebagainya. Manakala Pn. Sharifah Nab-iee bt. Syed Abdyllah Idid telah sudi menaja makanan tengahari pada hari tersebut yang diadakan pada hari Sabtu, 10 Disember 2011 bertempat di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.


Program telah bermula seawal petang Jumaat, 9.12.2011 lagi apabila kerja-kerja membersih peralatan dan mengupas bahan asas Asyura seperti jagung, kacang, ubi dan sebagainya dilakukan, yang berlarutan hingga ke pukul 11.30 malam.


Untuk sarapan pagi, para penduduk telah disajikan dengan sajian pulut kukus yang dimakan bersama kelapa parut dan ikan kering serta kopi O. Manakala sajian tengahari pula adalah nasi ala kampung.


Seperti kebiasaan, sebanyak 2 buah periuk besar telah digunakan untuk memasak Asyura tahun ini, cuma sedikit kelainan pada tahun ini ialah salah satu daripada periuk tersebut telah ditambah dengan 6 biji durian bagi menambah aroma dan perisa durian dalam Asyura tersebut. Hasilnya memang meletup dan disukai ramai.


Pada pengamatan blogger, tidak ramai yang menyertai program pada kali ini, dianggarkan hanya seramai 50 orang keluarga sahaja yang hadir. Mungkin kerana musim kenduri perkahwinan, mungkin penduduk balik kampung atau melancung kerana musim cuti sekolah dan mungkin terdapat juga yang pergi ke LIMA yang pada ketika ini sedang rancak diadakan di Langkawi.


Jiran Wanita meleraikan jagung......

Memarut kelapa untuk dimakan bersama pulut....

Kerja-kerja memotong ubi dan pisang.....


En. Md. Nasser dan Pn. Sharifah mengopek durian untuk dimasukkan ke dalam Asyura ......


Sarapan pagi, pulut ikan kering dan ikan pekasam bersama kopi O .....



Jiran Wanita yang tidak terlibat dengan Asyura di hadapan dewan, menjalankan tugas memasak untuk jamuan tengahari di belakang dewan...


Mak Teh dengan tugasnya sebagai penggoreng ikan..., Awas Mak Teh! jangan sampai ikan tu terkena panggilan hangit pulakkkkk...



Apa yang ditengokkan tu En. Md. Nasser? tepung tak hancur lagi ke ? atau pendayung tu patah ?




Jiran Muda yang baru selesai menghadapi peperiksaan SPM turut membantu memasak Asyura .......


En. Pissal Abu, orang kuat Environment Idaman Sdn Bhd, telah sudi menaja ais cream Cornetto kepada penduduk yang menyertai gotong royong memasak Asyura, tanpa mengira samada kanak-kanak atau dewasa. Terima kasih CHON, semoga murah rezeki hendaknya..... Terima kasih daun keladi...



Atas dan bawah : Pn. Hajah Rokiah, ketua penyediaan Asyura memberi tip dan arahan kepada Jiran Muda cara mengacau Asyura..





Menu tengahari tajaan Pn. Sharifah Nab-iee bt. Syed Abdyllah Idid yang mesra dengan panggilan Mak Pah.



AJK dari kaum Cina, En. Khoo Kek Hoo, berbaju merah, turut menyertai program ini bersama keluarga beliau...



Gelagat Tunas Jiran sewaktu makan tengahari. Ada yang makan bawah meja, ada yang makan nasi sahaja, ada yang makan lauk sahaja.... he..he.. macam-macam karenah.... . Hmmmm... seronok kalau dapat balik ke zaman ni.... tak payah susah-susah otak dan kepala.... makan, main dan tidur sajaaaa...



Mak Lang, Jiran Usia Emas menunjukan teknik mengagihkan Asyura kepada Jiran Muda.....



Jiran Muda mengagihkan Asyura menu biasa...



AJK mengagihkan Asyura perisa durian.....



Apa yang ditengokkan tu En. Mohd Fadzil? agihan tidak sama ke?



Orang sibuk mengacau Asyura, En. Shaharudin Saad, Penolong Setiausaha kita ni sempat lagi menunjuk skil memancing ikan dalam sawah di tepi dewan.....


Deretan Asyura perisa durian yang dihasilkan.......


1 ulasan:

  1. tahniah KRT Taman Utama, itulah erti Perpaduan, bersama tangani jenayah dan berpadu tenaga dalam sesuatu hal dan majlis, Tahniah

    dari:
    Pengurusi KRT
    Kampong Tepi Alor/Taman Mutiara Naga

    BalasPadam

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin