KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, Mei 03, 2012

** LATIHAN KAWAD PKS-RT DAERAH KOTA SETAR **



Bagi memperkasakan lagi peranan Rukun Tetangga dan Peronda SRS, En. Mohd Saidi b. Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah telah menubuhkan suatu pasukan ala Smart Team yang dinamakan Pasukan Khas Sukarelawan Rukun Tetangga (PKS-RT) di seluruh Negeri Kedah. Setiap daerah akan mempunyai satu pasukan PKS-RT masing-masing dengan kekuatan seramai 33 orang ahli yang terdiri dari kalangan anggota SRS yang sihat anggota tubuh badan dan mahir dalam beberapa aspek tertentu seperti menyelamat, memasak, bertukang dan sebagainya.

Pasukan ini akan menjalankan tugas misi kemanusiaan apabila berlaku kejadian atau bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya. Untuk memantapkan anggota pasukan ini pelbagai program telah diadakan seperti simulasi latihan menyelamat, latihan kawad dan lain-lain lagi yang turut mendapat latihan dan tunjuk ajar yang melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan Penyelamat, Persatuan Bulan Sabit Merah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RELA.

Terkini, pada 27 - 28 April 2012 lalu, suatu Kem Khas Latihan Simulasi untuk anggota PKS-RT dari seluruh Negeri Kedah telah diadakan di PJ Kemsite, Puncak Janing, Kuala Nerang yang turut diadakan pertandingan kawad pasukan tersebut mengikut daerah masing-masing.

Menjelang tarikh tersebut blogger sempat meninjau latihan kawad platun dari Daerah Kota Setar yang diadakan di Taman Mutiara Mergong yang terletak 8 Kilometer dari KRT Taman Utama. Anggota SRS Taman Utama diwakili oleh 3 orang anggota iaitu En. Zahid b. Abdullah, En. Mohd Fadzil b. Ibrahim dan En. Abdul Rashid b. Abdul Rahman. 

 




Menikmati sajian malam apabila tamat latihan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin