KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Jumaat, Julai 06, 2012

** PERTANDINGAN HAFAZAN DAN PERTANDINGAN AZAN **


Suatu pertandingan hafazan dan azan telah dilangsungkan sempena Majlis Perasmian Pusat Rukun Tetangga Taman Utama. Pertandingan disertai oleh seramai 25 orang Tunas Jiran dan Jiran Muda iaitu 12 orang peserta bagi pertandingan azan dan 13 orang peserta kategori pertandingan hafazan. Pertandingan dijalankan pada 27 Jun 2012 mulai jam 9.15 malam di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.

Para peserta telah dihakimi oleh En. Ismail b. Haji Kasim, Pegawai Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong dan En. Mohd Hidayat b. Zulkaefli, penuntut Kolej Universiti Insaniah manakala blogger bertindak selaku pengacara majlis.

Bagi pertandingan azan, tempat pertama telah dimenangi oleh adik Zaiyusri b. Zainon, tempat ke dua adik Mohd Shahrul Nizam dan tempat ke tiga adik Amirul Aswad b. Fauzi.

Bagi pertandingan hafazan tahap pertama, Johan ialah adik Syed Zharif Qawiem b. Syed Zainul Rashid, Naib Johan adik Nurul Syamira bt. Mohd Iqbal dan tempat ke Tiga adik Nur Syazana bt. Yahya.

Johan pertandingan hafazan tahap 2 ialah adik Nurul Husna Sofia bt. Abu Hasan, Naib Johan adik Nur Syazmin bt. Mohd Iqbal dan tempat ke Tiga adik Nur Syifa bt. Che Daud.

Hadiah-hadiah kepada pemenang pertandingan telah disampaikan oleh YB Dato' Paduka Haji Ahmad Bashah b. Md. Hanipah, Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata pada 29 Jun 2012 di majlis perasmian Pusat Rukun Tetangga.






Tunas Jiran dan Jiran Muda yang tidak menyertai pertandingan turut hadir memberikan sokongan moral kepada peserta yang mengambil bahagian


Johan pertandingan azan.



Antara ibubapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak mereka yang menyertai pertandingan.

Barisan juri dan pengacara sedang menjalankan tugasan mereka.



Tempat ke tiga pertandingan azan.

Tempat ke tiga hafazan tahap 1.

Peserta ceria menanti giliran.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin