KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, Julai 17, 2012

** MAJLIS SUAI KENAL DAN JAMUAN BARBEQUE **



Pada bulan Julai 2012, KRT Taman Utama merancang untuk mengadakan 4 aktiviti. Aktiviti pertama telah berjaya diadakan pada 4 Julai 2012 iaitu majlis bacaan Yasin sempena Nisfu Syaaban.

Majlis telah bermula pada jam 8.15 malam dengan bacaan Yasin diketuai oleh En. Ismail b. Haji Kasim, Bilal Masjid Seberang Pumpong. Dianggarkan lebih daripada 80 orang termasuk Jiran Muda dan Tunas Jiran telah menyertai majlis ini.


Majlis diakhiri dengan jamuan laksa yang disediakan oleh Jiran Wanita. (Agak malang kerana gambar majlis tersebut gagal disiarkan kerana kurang jelas kerana bateri yang lemah).

Aktiviti ke dua ialah majlis suai kenal KRT Taman Utama dengan Penolong Pegawai Perpaduan baru yang menggantikan En. Mohd Shafirul b. Abdul Sattar yang bertukar ke Daerah Kubang Pasu. Pengganti beliau ialah YM En. Ku Aziz b. Ku Mat Esa.

Majlis yang diadakan pada 16 Julai 2012 ini turut dihadiri oleh Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar dan En. Abdul Halim b. Alwi, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar. Hampir 100 orang penduduk yang terdiri daripada Jawatankuasa KRT, Jawatankuasa Jiran Wanita, Peronda SRS, Jiran Usia Emas, Tunas Jiran dan Jiran Muda telah hadir dalam majlis ini yang dipenuhi dengan acara jamuan barbeque dan ucapan daripada Pn. Noorassemah dan YM En. Ku Aziz.


Majlis secara santai yang bermula pada jam 9.00 malam ini berjaya merapatkan hubungan antara ke dua pihak bagi memantapkan lagi aktiviti KRT Taman Utama.

Aktiviti seterusnya ialah pada 24 Julai 2012 dan 4 Ogos 2012 iaitu majlis berbuka puasa dan jamuan moreh sempena bulan Ramadhan 1433H.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DARIPADA BLOGGER DAN JAWATANKUASA KRT TAMAN UTAMA KEPADA SEMUA PENGIKUT BLOG INI. SEMOGA KITA MENDAPAT KETAQWAAN DARIPADA ALLAH.

YM En. Ku Aziz b. Ku Mat Esa. Beliau merupakan pegawai ke 4 yang memantau KRT Taman Utama semenjak ditubuhkan pada tahun 2004.
Jawatankuasa sedang membakar ayam.

Jiran Muda mengambil alih urusan membakar apabila waktu malam.
Masa yang dinantikan.....


Pengerusi bersama Pn. Noorassemah dan YM En. Ku Aziz.




YM En. Ku Aziz sedang memberi ucapan sulungnya.



Yang pergi tetap akan pergi, yang datang, kita alu-alukan, program dan aktiviti akan tetap ada kelangsungannya.
Antara Jiran Wanita yang hadir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin