KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Julai 30, 2012

** BULAN RAMADHAN @ TAMAN UTAMA **

Salam Ramadhan Kareem...
Sepanjang Ramadhan 1433H, pelbagai aktiviti dan program sedang dijalankan oleh KRT Taman Utama. Berikut dipaparkan antara aktiviti tersebut.

Aktiviti tadarus Al-Quran oleh Jiran Wanita yang diadakan pada setiap hari mulai jam 9.00 pagi. Kebanyakan yang menyertainya ialah suri rumah yang tidak berkerja. Aktiviti dijalankan dirumah no.189, Taman Utama.

AKTIVITI DI MASJID AL-HUSSAIN.

Sepanjang bulan Ramadhan 1433H, KRT Taman Utama telah menempah 2 hari untuk mengadakan jamuan berbuka puasa di masjid ini iaitu pada 29 Julai 2012 dan 4 Ogos 2012. Wang perbelanjaan adalah hasil sumbangan penduduk Taman Utama.

Pada setiap hari seramai 100 orang yang terdiri daripada anak kariah dan pelajar Kolej Universiti INSANIAH akan berbuka puasa disini. Blogger mendapat tugasan untuk menghidangkan minuman kepada mereka yang hadir. Manakala Jiran Muda KRT Taman Utama diberikan tugas untuk mengagihkan moreh pada setiap malam Selasa dan malam Jumaat.










Tugas blogger pada setiap hari ialah menghidangkan minuman kepada jemaah yang datang berbuka puasa, sehingga ke hari iaitu hari ke sebelas berpuasa blogger masih belum berkesempatan berbuka bersama keluarga di rumah.






BERBUKA PUASA DI PUSAT KRT.

Program diadakan pada 29 Julai 2012 iaitu pada hari KRT Taman Utama menyertai Karnival Bubur Lambuk dan Kempen Kibar Jalur Gemilang di Menara Alor Setar. Majlis diadakan khusus kepada mereka yang terlibat dalam karnival tersebut.

Antara menu berbuka ialah ayam panggang, gulai udang, ikan bakar, daging masak kicap, kueh, kerabu mempelam dan buah kurma.


Setiausaha KRT Taman Utama, memakai kopiah puteh sedang membacakan doa sebelum masuk waktu berbuka. Terjadi insiden melucukan apabila salah seorang Jiran Muda terus minum air yang sedia terhidang sebaik sahaja doa selesai dibacakan sedangkan waktu berbuka masih belum masuk !


Salah sorang daripada depa ni tak pocha pun ! he.. he..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin