KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Julai 08, 2012

** LAWATAN DARIPADA KOSPETA **


Mengakhiri aktiviti KRT Taman Utama pada bulan Jun 2012 ialah menerima seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah, perwakilan dan pekerja Koperasi Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (KOSPETA) yang diketuai oleh Pengerusinya En. Azih b. Muda, Timbalan Presiden CUEPACS.

KOSPETA telah memilih Alor Setar sebagai tempat untuk mengadakan mesyuarat perwakilan kali ke 30. Secara kebetulan tarikhnya juga adalah 30 Jun 2012.

Salah seorang Ahli Lembaga Pengarahnya iaitu En. Pissal b. Abu, seorang penduduk Taman Utama telah memohon kerjasama KRT Taman Utama bagi penyediaan jamuan makan malam kepada perwakilan KOSPETA yang hadir dari seluruh Malaysia. Beliau inginkan kelainan apabila mengadakan jamuan yang sering diadakan di hotel-hotel sahaja. Sehubungan dengan itu beliau memohon kerjasama KRT Taman Utama untuk mengadakan jamuan lain seperti kebiasaanya sekaligus dapat mengetengahkan KRT Taman Utama kepada perwakilan KOSPETA.

Walaupun keletihan setelah menjalankan beberapa aktiviti dan program sepanjang 4 hari sebelum majlis makan malam ini, namun barisan AJK, Jiran Wanita, Jiran Muda dan Peronda SRS tetap memberikan komitmen yang padu terhadap majlis dan perwakilan yang hadir.

Majlis bermula pada jam 9.00 malam yang dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi KRT Taman Utama dan ucapan balas daripada En. Azih b. Muda, Pengerusi KOSPETA. Selepas jamuan makan, acara cabutan bertuah dikalangan perwakilan dan penduduk Taman Utama diadakan yang diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Antara menu yang disajikan pada malam itu ialah Nasi Tomato, Kambing Panggang, Laksa Kedah, Yong Tau Fu, Roti Jala. Ais Krim, Rojak, Teh Tarik, Satay dan buah-buahan.


Pengerusi Jiran Wanita mengetuai gerai Nasi Tomato.
Jiran Muda perempuan sedang menunggu tetamu memilih menu.
Jiran Muda lelaki membakar satay.
Pengerusi KRT Taman Utama bersama Ahli Lembaga Pengarah KOSPETA.
Perwakilan KOSPETA sedang mendengar ucapan sebelum jamuan dimulakan.

En. Azih b. Muda, Pengerusi Koperasi KOSPETA sedang memberikan ucapan. Beliau juga merupakan Timbalan Presiden CUEPACS.


Jiran Wanita yang bertugas di gerai laksa.

Gerai kambing panggang.
Pengerusi meninjau persiapan terakhir gerai-gerai sebelum ketibaan perwakilan.



Kakitangan KOSPETA sedang menguruskan nama-nama untuk cabutan bertuah.
Sebahagian perwakilan yang hadir.

GERAI MAKANAN.






Sungguh jernih Tasik Chini
Tempat ikan membuat sarang
Dari jauh kalian ke sini
Kami ucapkan selamat datang.


Terima kasih kerana sudi menerima kami daripada KOSPETA.

SESSI MENJAMU SELERA.





Puan Rasinah setia menjaga gerai kambing panggang. Nak bawa ke mana tulang tu?
Skuad PKS-RT KRT Taman Utama bertugas di gerai teh tarik.
Barisan Ahli Lembaga Pengarah KOSPETA sedang menjamu selera.







En. Azih b. Muda sedang memilih ice cream.
Blogger sedang menikmati laksa.
SESSI CABUTAN BERTUAH.








Aksi Jiran Muda yang kekenyangan.



Yey! yey! akhirnya blogger dapat juga cabutan bertuah.
Jiran Muda melakukan persiapan awal gerai makanan.




Pengerusi @ blogger keletihan setelah mengetuai aktiviti yang berlarutan selama 4 hari berturut-turut. Bermula dengan gotong royong membersih dewan, gotong royong memasak, pertandingan azan dan hafazan, ceramah Israk Mikraj, perasmian Pusat Rukun Tetangga dan berakhir dengan lawatan Koperasi KOSPETA. Hmmm... siapa kata tugas sebagai Pengerusi mudah? Terpaksa ambil cuti jabatan seminggu untuk program sepanjang 4 hari ini.
Itu tak mengambil kira letih berjaga malam sepanjang EURO 2012 lagi! he.. he .. he..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin