KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, November 11, 2012

** PERTANDINGAN AZAN HIJRATUL RASUL 1434H **


Sempena menyambut Maal Hijrah 1434H, Jawatankuasa Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong telah menganjurkan Pertandingan Azan dikalangan anak kariah. Pertandingan diadakan dalam tiga kategori iaitu bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 17 tahun. Pertandingan berjaya dilangsungkan pada 9 November 2012 mulai jam 10.00 pagi di dalam masjid tersebut yang terletak hanya 100 meter sahaja daripada Taman Utama.

KRT Taman Utama telah menghantar seramai 3 orang Tunas Jiran dan 3 orang Jiran Muda menyertai pertandingan tersebut. Mengiringi peserta ke pertandingan ialah Pengerusi KRT Taman Utama sendiri. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada 14 November 2012 sempena majlis forum Hijratul Rasul di masjid tersebut.


Peserta pertandingan sedang menunggu giliran.


Tuan Imam sedang menyampaikan tazkirah sebelum pertandingan dimulakan.


Adik Amirul Aswad.
Adik Mohd Afzan.
Adik Mohd Fahmi.
Adik Mohd Syahmi
Adik Zaiyusri.



Adik Mohd Shahrulnizam.

Juri pertandingan.
Penyokong tegar daripada KRT Taman Utama.
Tuan Haji Zulkaefli, Setiausaha Kariah Masjid Seberang Pumpong sedang menyampaikan ucapan penutup.
Peserta bergambar bersama  jawatankuasa pertandingan.
Pengerusi KRT Taman Utama bersama Tunas Jiran dan Jiran Muda yang menyertai pertandingan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin