KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, November 17, 2012

** PERALATAN UNTUK PASUKAN PKS-RT **


Pada 11 November 2012, blogger berkesempatan pergi ke Ibu Pejabat JPNIN Negeri Kedah di Bandar Muadzam Shah untuk urusan program cuti sekolah dan beberapa hal berkaitan RT dan SRS KRT Taman Utama.

Di situ blogger ditunjukkan peralatan baru untuk Pasukan Khas Sukarelawan Rukun Tetangga Negeri Kedah (PKS-RT) oleh kakitangan yang berada di pejabat. Wow ! memang cantik dan menarik khemah @ kanopi tersebut. Blogger difahamkan khemah tersebut hanya dikhaskan untuk team PKS-RT sahaja apabila menjalankan operasi mereka. Setiap daerah dalam Negeri Kedah akan dibekalkan dengan sebuah khemah tersebut.

Dalam khemah tersebut siap dibekalkan kerusi meja, lampu dan kipas angin serta mempunyai tetinggap pada setiap sudut.

Tahniah dan syabas kepada Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah dengan inisiatif mengadakan khemah ini.   
(boleh order lebih kot untuk KRT Taman Utama dan KRT lain yang tidak mendapat kabin sewaktu menjalankan SRS !)  

En. Sobri, kakitangan JPNIN Negeri Kedah menunjukkan khemah khas untuk pasukan PKS-RT Negeri Kedah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin