KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, November 04, 2012

** MAJLIS BACAAN YASIN **


Menjelang akhir tahun, adalah musim peperiksaan. Iaitu peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Selain daripada pelajar, antara yang paling sibuk dan merasa cemas ialah golongan ibubapa. 

Selain memantau anak dan menghantar mereka ke pusat tuisyen, persiapan terakhir ibubapa ialah dengan mengadakan bacaan Yasin agar anak berasa tenang, yakin dan berjaya menjawab setiap soalan dalam peperiksaan seterusnya semoga Allah memberikan kejayaan untuk mereka.

Justeru itu pada 1 November 2012, beberapa orang Jiran Wanita telah mengadakan majlis bacaan Yasin di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama bagi tujuan yang dinyatakan di atas untuk anak-anak mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM nanti. Terdapat juga dikalangan mereka yang mengadakan bacaan tersebut untuk kejayaan anak-anak yang telah mendapat pekerjaan.

Majlis bacaan Yasin tersebut telah diketuai oleh Setiausaha Jiran wanita iaitu Ustazah Rogayah bt. Ramli. Majlis bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir sejam kemudian. Seramai 85 orang Jiran Wanita, Tunas Jiran dan Jiran Muda menghadiri majlis ini.


Suasana ketika bacaan doa selepas bacaan Yasin.

Tu dia..... Pn. Salmah atau nama glamour beliau Kak Sally sedang mengagihkan buah tangan kepada yang hadir.

Opppp!!!!... jangan berebut dan jangan terlebih ambil...









Kak Pah tolong tengok sat, kot-kot ada yang tak dapat lagi nasi, kueh dan air....

Geng ni dah tak sabar nak makan, tak sempat nak balik ke rumah dah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin