KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, November 17, 2012

** LAWATAN KRT TERIANG, LANGKAWI **


Pada 14 November 2012, seramai 40 orang Jawatankuasa dan ahli keluarga daripada KRT Kuala Teriang, Pulau Langkawi telah singgah ke KRT Taman Utama dalam rangka lawatan mereka ke Negeri Terengganu dan Kelantan..

Rombongan ini diketuai oleh PPP Daerah Langkawi iaitu En. Mahshor b. Ahmad dan Pengerusi KRT Kuala Teriang, En. Mansor b. Man. Rombongan tiba pada jam 9.00 malam dengan disambut oleh Pengerusi KRT Taman Utama dan barisan AJK serta Peronda SRS.

Turut menyambut rombongan ialah barisan kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena iaitu YM Ku Aziz b. Ku Esa, En. Abdul Halim b. Alwi dan En. Mohd Shafirul b. Abdul Sattar. Selesai majlis ramah mesra dan menjamu selera, rombongan ini bertolak menuju ke Terengganu pada jam 10.30 malam.

SEMOGA MEREKA SELAMAT PERGI DAN KEMBALI SEMULA KE KUALA TERIANG, LANGKAWI.


Group lelaki.
Geng Jiran Wanita.
Pengerusi bersama tetamu.
Pengerusi sedang menyampaikan ucapan aluan.
Terbang sekawan burung kenari
Terbang tinggi membuat sarang
Kalian sudi singgah disini
Kami ucapkan selamat datang.
Cenderamata daraipada KRT Taman Utama.
Cendermata daripada KRT Teriang.
YM Ku Aziz sedang menerima cenderamata ....
Pengerusi sedang melayani PPD Langkawi, PPD Kota Setar dan Jawatankuasa KRT Teriang menjamu selera.
Tetamu sedang menikmati nasi minyak...

Terima kasih daun keladi..... 
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tunggulah kami di Langkawi..
Setelah selesai tetamu makan, barulah warga KRT Taman Utama menjamu selera.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin