KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, November 04, 2012

** TAKLIMAT SOP MENGHENTI DAN MEMERIKSA SEMASA OPERASI RONDAAN KEPADA PERONDA SRS KEDAH TAHUN 2012 **


Pada 3 November 2012, blogger bersama Ketua Peronda SRS Taman Utama telah menghadiri taklimat tersebut yang diadakan di PJ Sentosa Campsite, Jalan Puncak Janing, Kuala Nerang dalam Daerah Padang Terap.

Seminar anjuran JPNIN Negeri Kedah ini dikhaskan kepada Ketua Peronda SRS seluruh Negeri Kedah. Antara pengisiannya ialah taklimat SOP 'Menghenti dan Memeriksa' kepada Peronda SRS yang telah disampaikan oleh Tuan ASP Amran @ Zaki b. Omar dari IPD PDRM Padang Terap dan taklimat Akta Rukun Tetangga 2012 yang disampaikan sendiri oleh Tuan Pengarah JPNIN Negeri Kedah, Y. Bhg En. Mohd Saidi b. Midin.

Seramai 158 orang peserta dari seluruh Negeri Kedah telah menghadiri majlis ini, kecuali daripada Daerah Baling dan Sik sahaja yang tidak menghantar peserta mereka kerana bertembung dengan program daerah berkenaan.

Keseluruhannya taklimat yang disampaikan pada majlis tersebut berjaya menambahkan input-input terkini kepada peronda yang akan memantapkan lagi tugas-tugas mereka dalam menjalankan rondaan di KRT masing-masing.

Hasil percambahan fikiran dengan beberapa orang Pengerusi KRT dan Ketua Peronda, blogger dapat merumuskan bahawa :

1. Kualiti peralatan SRS perlu diutamakan sewaktu pembelian sebelum diserahkan kepada KRT.
2. Peralatan rondaan perlu ditambah dari masa ke semasa ekoran daripada pertambahan Peronda SRS disesebuah KRT.
2. Seragamkan pakaian Peronda SRS. Selama ini hanya vest sahaja yang seragam, lain-lain pakaian seperti topi, kasut, lampu picit dan papan menahan kenderaan hanyalah atas inisiatif dan mengikut citarasa KRT sahaja.
3. Perlu diberikan geran kewangan yang berasingan kepada SRS selain daripada geran kewangan kepada KRT pada setiap tahun.
4. Adakan seminar atau taklimat secara berkala kepada Peronda mengikut daerah masing-masing.
5. Perlu menganjurkan seminar atau kursus untuk membuat jadual, membuat laporan dan membuat pelaporan diri kepada Peronda SRS.
6. TERDAPAT JUGA PENGERUSI DAN KETUA PERONDA YANG MENCADANGKAN KURSUS ATAU SEMINAR YANG AKAN DATANG DIADAKAN DI KAWASAN TEPI LAUT PULA KERANA TERLALU KERAP DILAKUKAN DI KAWASAN PEKAN DAN PENDALAMAN.....


En. Zahid sedang mendaftar.

En. Saad b. Idris daripada JPNIN negeri sedang mengendalikan pendaftaran peserta. Setiap peserta dibekalkan sebuah beg yang mengandungi pen, buku nota, sehelai baju dan sebuah buku Akta Rukun Tetangga 2012 yang baru digazetkan oleh parlimen pada bulan Jun 2012.



Blogger bersama En. Zahid dan peronda daripada Kubur Panjang.

Pn. Hanita, PPP Daerah Kuala Muda turut membantu sessi pendaftaran. He . he.. nampak muka serius saja.... amacam Nita, aktif dalam Uptrend lagi ke?

Tuan ASP Amran @ Zaki b. Omar daripada IPD Kuala Nerang.

Antara peronda yang hadir..



Terima kasih kepada Peronda SRS yang banyak membantu pihak PDRM selama ini...

Untuk Peronda SRS, saya suka mencadangkan agar pemeriksaan yang dilakukan kepada orang awam adalah hanya melalui teknik atau kaedah 'Pat Down' sahaja, kerana ianya lebih bersesuaian....

Tuan ASP Zaki sedang membuat demo memberkas penjenayah dengan menggunakan kayu cotar...

Waktu makan tengahari.



Saya nak ulangi lagi penjelasan, bahawa RM500.00 adalah geran bulanan, bukannya elaun kepada semua ahli Rukun Tetangga...Ingatlah bahawa kerja-kerja sukarela kita adalah dilakukan secara 'SUCI HATI' dan perlu mengikut prosedur dan akta yang telah ditetapkan oleh kerajaan...

Peronda daripada SRS Kubur Panjang yang baru ditubuhkan.

En. Mohd Yusof b. Daud, pegawai JPNIN Negeri yang bertanggong jawab dalam SRS Negeri Kedah.

Beberapa orang Peronda SRS bertanyakan sesuatu sebaik sahaja tamat taklimat oleh Tuan Pengarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin