KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, April 09, 2013

** AKTIVITI SKIM RONDAAN SUKARELA **


Antara aktiviti lain KRT Taman Utama ialah aktiviti rondaan malam yang dikenali sebagai Skim Rondaan Sukarela. Sukarelawan yang menyertai rondaan ini dikenali sebagai Peronda SRS.

Bagi SRS Taman Utama seramai 34 orang penduduk telah mendaftarkan diri sebagai Peronda SRS. Kesemua peronda ini telah pun memperolehi Kad Kuasa sebagai seorang peronda dan mereka telah pun dibekalkan pakaian untuk menjalankan rondaan seperti vest, baju dan topi yang diterima daripada JPNIN Negeri Kedah dan dibeli sendiri oleh Jawatankuasa KRT Taman Utama.

Antara peralatan lain yang disediakan untuk aktiviti rondaan ialah set walkie talkie, wisel, cota, lampu picit dan papan sekatan jalanraya. Setiap Peronda SRS ini diberikan pelindungan insuran kemalangan diri yang dikendalikan oleh Syarikat Tafakul Ikhlas.

Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 nanti, pihak KRT Taman Utama telah mengambil beberapa langkah siap siaga dengan memperhebatkan lagi aktiviti rondaan. Aktiviti rondaan akan dilaksanakan pada setiap malam sebaik sahaja hari penamaan calun diadakan.

Jika selalunya aktiviti rondaan biasa akan bermula dari jam 12.00 malam dan berakhir pada jam 6.00 pagi, sempena PRU 13 ini, rondaan akan bermula dari jam 10.00 malam. Tujuan diadakan rondaan awal ini ialah sebagai salah suatu usaha mencegah jenayah yang mungkin berlaku apabila semua orang sibuk menghadiri kempen atau memasang poster dan bendera parti yang bertanding.

Disamping itu Peronda SRS juga akan memastikan beberapa tempat tertentu seperti Pusat Rukun Tetangga, masjid dan surau tidak dilekatkan poster dan bendera calun parti politik yang bertanding sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan menimbulkan konflik dan perselisihan faham dikalangan penduduk.

Bagi menghilangkan rasa mengantuk dan bosan sementara menunggu giliran meronda dikalangan peronda, beberapa set peralatan permainan dalaman disediakan dipusat rondaan seperti karom, dart dan dam aji.


Sebahagian daripada 35 orang Peronda SRS Taman Utama.

Peronda bersantai sebelum melakukan rondaan.

Aktiviti permainan karom sebagai menghilangkan rasa kebosanan.

Sessi percambahan fikiran sambil menikmati makanan yang disediakan.




En. Zainul Sidik Mydin Pitchay jaguh karom yang berasal dari Pulau Pinang.

Ketua Peronda memberikan arahan sebelum aktiviti rondaan dimulakan.

Peronda tekun mendengar arahan dan taklimat terakhir yang diberikan.

En. Shaharudin Saad, Setiausaha SRS Taman Utama melaporkan jumlah kekuatan peronda yang hadir dan bersedia menerima arahan untuk memulakan rondaan daripada Ketua Peronda.



Antara Peronda SRS yang menggunakan motorsikal.

Haaa... awas ! ini bukan Mat Rempit Taman Utama ...

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KRT Taman Utama bertugas dibilik kawalan sambil melayani peronda bermain karom.

En. Zahid b. Abdullah, Ketua Peronda SRS Taman Utama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin