KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Jun 02, 2013

** KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN - HARI PERTAMA **


26 Mei 2013, Ahad.

Blogger berpeluang menyertai Program Integrasi Komuniti sempena Pesta Kaamatan 2013 di Negeri Sabah anjuran Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional PutraJaya. Program bermula dari 26 Mei hingga 1 Jun 2013 ini dibiayai sepenuhnya oleh JPNIN Malaysia. Seramai 80 orang peserta daripada Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan menyertai program ini. Peserta terdiri daripada aktivis Rukun Tetangga, NGO dan Sekretariat Rukun Negara yang aktif menjalankan aktiviti.

Objektif program ialah :
1. Meningkatkan persefahaman dan semangat muhibah di kalangan peserta dari Semenanjung, Sarawak dan WP Labuan dengan masyarakat di Negeri Sabah dalam usaha untuk memelihara, mengukuhkan dan meningkatkan keharmonian rakyat.
2. Mewujudkan peluang kepada masyarakat Semenanjung, Sarawak dan WP Labuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang pelbagai adat resam dan cara hidup serta pantang larang pelbagai kaum di Semenanjung.
3. Mengurangkan semangat prejudis dan mempertingkatkan lagi persefahaman, perpaduan serta semangat persaudaraan antara masyarakat Malaysia selaras dengan Gagasan 1 Malaysia.

Peserta dari Negeri Kedah adalah seramai 4 orang yang terdiri daripada blogger sendiri, En. Ravi A/L Muneesamy dari KRT Baling A, Cik Zanhassida bt. Md. Isa dari KRT Taman Mahsuri, Jitra dan adik Ahmad Fakhruddin b. Ahmad Sobri dari Sek Agama Yan. Pn. Shakirah bt. Abdullah Ahmad pula betindak sebagai pegawai pengiring.

Pada hari pertama, 26.5.2013, peserta bertolak dari negeri masing-masing ke Hotel Puteri Park, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, mendaftar serta bermalam di situ. Sessi taklimat kepada peserta diadakan pada jam 8.30 malam dikuti dengan sessi suaikenal antara peserta, pemilihan penghulu dan penghuluwati serta penyerahan baju rasmi program kepada semua peserta. En. Mohd Zamri b. Yusof daripada KRT Kenanga Jaya, Batu Buruk, Terengganu akhirnya dilantik sebagai Penghulu program


Sessi suaikenal diantara peserta.

Adik Mohd Hanis Akmal daripada KRT Jeram Batu, Pahang mencadangkan blogger sebagai Penghulu, namun blogger terpaksa menolak kerana masalah kesihatan sejak beberapa hari lalu.
En. Mirza Alaudin Razali dari Unit Integrasi Nasional sedang menyampaikan taklimat.
Ucapan Pn. Suraya daripada Bhg Operasi JPNIN PutraJaya.
Peserta berbaris untuk mendapatkan baju rasmi program daripada urusetia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin