KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Jun 08, 2013

** KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN - HARI KE 4 **


29 Mei 2013, Rabu.
 
Hari ini memang hari yang blogger dan peserta anak angkat Tuan Haji Ahmat Amol nantikan kerana kami akan mengadakan jamuan barbeque kepada kaum keluarga Haji Ahmat. Setelah siap semua bahan dan menu yang blogger dan Haji Mohd Ali rangka maka pada waktu paginya, Haji Mohd Ali, Haji Ahmat bersama isterinya pergi membeli bahan dipasar.

Blogger dan peserta lain kemudiannya bergerak menuju ke Daerah Penampang untuk menyertai aktiviti di KRT Kg. Ramayah. Di KRT Kg. Ramayah peserta bergotong royong membersih kawasan persekitaran dewan serta menanam beberapa pokok herba. Sebelum program bermula, majlis terlebih dahulu dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional etnik yang terdapat di Kg. Ramayah.

Selesai gotong royong, peserta diberikan taklimat khas latar belakang Daerah Penampang yang disampaikan oleh En. Alban Mansali, Pengerusi KRT Kg. Putaton, manakala En. Ahmad Mahmood, Pengerusi KRT Taman Telok Villa memberikan taklimat berkaitan Daerah Putatan.

Aktiviti seterusnya ialah demontrasi masakan dua jenis makanan tradisional iaitu Hinava dan Hinompuka kepada peserta. Memang menyelerakan menu tersebut.


Blogger bersama Haji Mohd Ali setelah selesai merangka menu barbeque.

Menikmati sarapan pagi dirumah keluarga angkat sebelum bertolak ke Daerah Penampang.

Aktiviti mengecat dewan KRT Kg. Ramayah.

Membersih kawasan longkang.

Menanam pokok herba.



Pihak RTM Kota Kinabalu turut datang merakam aktiviti peserta di KRT Kg. Ramayah.



Menikmati ubi kayu rebus yang dimakan bersama gula. Kalau di Kedah blogger akan makan bersama kelapa parut.

En. Alban Mansali memberi taklimat Daerah Penampang.

En. Ahmad Mahmood memberikan taklimat Daerah Putatan.

Demontrasi masakan makanan tempatan.

Menikmati makanan tempatan yang dikenali sebagai Hinava.

Yang ini pula masakan bernama Hinompuka.

Makan tengahari.

Haaaa..... ini dia Iron Lady KRT Kg. Ramayah. Namanya Annie Anisah, berjawatan Ketua Peronda SRS.





Peserta turut mencuba menari ..

Bersama Pengerusi KRT Kg. Ramayah, lupa la pula nama dia ....
Peserta membuat latihan Dikir Barat untuk persembahan malam esok.

Tukang masak kerejanya enteng, bangun pagi masak nasi goreng, campur cili campur udang kering, kalau makan mata naik juling .. ..... Blogger menggoreng udang dan sotong menggunakan tepung rangup adabi sambil dibantu oleh anak menantu Haji Ahmat Amol.

Keluarga Haji Ahmat yang lain mengoreng nasi goreng menu Pahang.

Mohd Hairy dari KRT Krubong Jaya, Melaka membakar ayam.

Berbual bersama Pengerusi JKKK Kg. Sekambu, Petagas, Tuan Haji Jamlaun Kahar yang turut hadir beramah mesra dengan peserta.

Blogger mempengerusikan majlis jamuan makan malam.

Haji Ahmat sedang memberikan ucapan.

En. Mohd Zamri Yusof dari KRT Kenanga Jaya, Batu Burok, Terengganu, sedang memberikan ucapan bagi pihak anak-anak angkat.

Cenderahati dari KRT Taman Utama.









Cucu perempuan Haji Ahmat dilumuri dengan tepung oleh peserta program sebagai kejutan birthdaynya yang kebetulan jatuh pada hari tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin