KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Jun 29, 2013

** NISFU SYAABAN 1434H **


Sambutan Nisfu Syaaban tahun 1434H begitu meriah diadakan oleh KRT Taman Utama. Jika tahun-tahun yang kebelakangan, KRT Taman Utama hanya menjemput Jawatankuasa Masjid Seberang Pumpong sahaja untuk mengetuai majlis, namun kali ini majlis diketuai oleh Tuan Haji Sarbani b. Saad, Pegawai Agama Jabatan Penjara Alor Setar.

Majlis pada 23 Jun 2013 dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan Yasin, solat Isyak berjemaah dan tazkirah Ramadhan Mubarak. Majlis diadakan di Dewan KRT Taman Utama. Hampir 200 orang penduduk yang terdiri dari pelbagai peringkat umur menghadirinya.

Selesai tazkirah penduduk disajikan dengan Nasi Beriyani Ayam yang mendapat sambutan hangat. Menu ini adalah pertama kali dimasak oleh jawatankuasa KRT Taman Utama.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini terutama kepada yang bertungkus lumus memasak, mengendalikan persiapan tempat dan yang menyumbang tenaga dan wang ringgit majlis ini.


Ucapan aluan Pengerusi KRT Taman Utama.

Antara yang menghadiri majlis.





Tuan Haji Sarbani.



Tuan Haji Sarbani menyampaikan tazkirah Ramadhan Mubarak.

















 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin