KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Khamis, Jun 27, 2013

** PROGRAM PEMIMPIN MASYARAKAT, PROMOSI PENCEGAHAN KEMALANGAN & SARINGAN KESIHATAN 2013 **


Bertempat di Auditorium Wisma TNB, Alor Setar, telah berlangsung Program Pemimpin Masyarakat, Promosi Pencegahan Kemalangan & Saringan Kesihatan 2013 pada 27 Jun 2013.

Program adalah anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Kedah. Peserta program ini terdiri daripada Pengerusi KRT Daerah Kota Setar, kakitangan SADA, TNB, Environment Idaman dan beberapa buah jabatan lain.

KRT Taman Utama telah diwakili oleh Pengerusinya sendiri, En. Yahya b. Abd Raof. Program bermula mulai jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.

Program dipenuhi dengan ceramah oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Kedah Medical Centre dan PERKESO sendiri. Majlis penutupannya telah disempurnakan oleh EXCO Pengurusan Sumber Manusia Negeri Kedah, YB En. Mohd Rawi b. Abd Hamid.


En. Ahmad Tarmizi Saad, daripada JPJ Negeri Kedah.

Pengerusi KRT Mergong Perdana menerima hadiah cabutan bertuah dikalangan peserta.



Syed Hafizal Audi, daripada Kedah Medical Centre.



Taklimat daripada pihak PERKESO.

Antara pengerusi KRT yang hadir.



Ketibaan YB Mohd Rawi.

Pn. Noorassemah bt. Abdullah, Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar turut hadir.





Perasmian penutup oleh YB En. Mohd Rawi.



Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar bersama AJK KRT Kg. Berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin