KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Rabu, Jun 19, 2013

** TETAMU DARI IBU KOTA **


Pada hari Sabtu, 8 Jun 2013, KRT Taman Utama telah menerima kunjungan KRT Kg. Masjid, Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Mereka dalam perjalanan pulang ke ibukota, setelah mengunjungi Pulau Langkawi.

Rombongan seramai 40 orang ini diketuai oleh Pengerusinya, Pn. Hajah Azizah bt. Mohd Salleh yang mesra dengan panggilan Mak Chaq. Setelah penat dan letih merasai mabuk laut menaiki bot dari Langkawi ke Kuala Perlis, mereka tiba ke Taman Utama pada jam 1.30 tengahari.

Tidak ramai dikalangan wanita yang menjadi Pengerusi KRT di Malaysia ini. Mak Chaq ni dah boleh dikategori sebagai otai sebab sudah lebih daripada 20 tahun menerajui KRT.

Turut hadir meraikan kunjungan mereka ialah En. Suhaimi dari ibupejabat JPNIN Negeri Kedah. Beliau adalah pegawai yang memantau KRT ini sewaktu  bertugas di JPNIN Kuala Lumpur.

 
Jiran Wanita sedang memasak bagi meraikan tetamu.


Pengerusi KRT Taman Utama menyambut ketibaan pelawat.


Tangan dihulur, mata memandang, simpanlah ingatan didalam hati....


Meredakan panas badan sambil menatap brosur KRT Taman Utama.

Apa-apa pun, kita makan dulu la....


Sessi makan sambil beramah mesra antara ke dua pihak....


Pengerusi KRT Taman Utama memberikan ucapan aluan.





Pn. Hajah Azizah menyampaikan ucapan balas.



Ucapan En. Suhaimi.

Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Utama menyampaikan cenderahati kepada Hajah Azizah.

Pengerusi KRT Taman Utama menerima cenderamata dari ibukota.

Pengerusi Jiran Wanita KRT Taman Utama turut menerima cenderamata.

Masa untuk meneruskan perjalanan pulang ke ibukota...





Gambar kenangan antara dua Pengerusi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin