KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Disember 30, 2013

** JAMUAN MESRA PERONDA SRS **


Sebagai menghargai pengorbanan dan jasa khidmat Peronda SRS Taman Utama yang sering berjaga dan bersengkang mata sewaktu menjalankan tugas rondaan malam sepanjang tahun 2013, suatu majlis jamuan keraian kepada mereka telah diadakan pada 28 Disember 2013.

Majlis yang bermula pada jam 10.00 malam ini turut dihadiri oleh YM Ku Aziz bin Ku Mat Esa, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kota Setar / Padang Terap / Pokok Sena. Majlis diadakan di Pusat Rukun Tetangga Taman Utama ini telah dimulai dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Tuan Haji Mat Radzuan b. Ibrahim diikuti dengan jamuan makan dan sessi soaljawab dan percambahan fikiran antara Peronda SRS dan YM Ku Aziz.

Turut dilakukan pada malam itu ialah pelantikan En. Nadzri bin Ayub sebagai Setiausaha SRS KRT Taman Utama bagi menggantikan En. Shaharudin bin Saad yang telah berpindah. Pada malam tersebut juga seramai 5 orang penduduk telah datang dan memberi persetujuan untuk menjadi sebagai anggota Peronda yang baru untuk tahun 2014.

Menu yang disediakan oleh Jiran Wanita untuk malam tersebut ialah nasi lemak berlaukkan kerang, sotong, udang, ikan bilis, telur serta satay. Seramai 23 orang peronda telah menghadiri majlis ini.


Pengerusi KRT Taman Utama melayani YM Ku Aziz menikmati nasi lemak teh tarik.

Peronda SRS Taman Utama memilih menu nasi lemak.

En. Zahid Abdullah, Ketua Peronda mencari ilham untuk memberi ucapan...













Jiran Wanita yang setia menabur bakti dengan memasak untuk peronda.









1 ulasan:

  1. Tuan boleh kita berurusan melalui email ,,, 9w2sbl@gmail.com berkenaan komunikasi srs/krt

    BalasPadam

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin