KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Disember 18, 2010

MAJLIS ASYURA 1432H

Tarikh : 18.12.2010 / 12 Muharam 1432H.
Lokasi : Pusat Rukun Tetangga.
Objektif :

1. Meraikan hari kebesaran Islam.

2. Merapatkan siratulrahim dan perpaduan antara penduduk.

3. Menyatukan penduduk dalam suatu program.

4. Melahirkan semangat gotong royong dan kerjasama antara penduduk.

Program Asyura 1432H ini telah mencetuskan beberapa elemen baru dalam ertikata penyatuan dan semangat kerjasama sesama penduduk Taman Utama tanpa mengira status, samada penduduk tetap atau penyewa. Program ini tidak mengguna satu sen pun wang KRT kerana mendapat sumbangan kewangan daripada penduduk bagi menjayakannya.

Jika program pada tahun 1431H, program asyura telah mendapat sumbangan RM 697.00 daripada 62 orang penduduk, namun pada kali ini jumlah penyertaan dan sumbangan wang telah meningkat kepada RM 1,106.00 daripada 84 orang penduduk. Terdapat beberapa orang penduduk yang sebelum ini tidak pernah menyertai aktiviti ataupun menyumbang wang ringgit telah tampil berbuat demikian. Ini membuktikan bahawa dari hari ke hari KRT Taman Utama telah berjaya memainkan peranan atau objektif yang dikehendaki oleh JPNIN iaitu untuk menyatukan masyarakat atau komuniti di bawah suatu payung yang bernama Rukun Tetangga.

Disebabkan jumlah penyertaan dan sumbangan wang yang diluar jangkaan, program asyura ini telah bermula mulai petang hari Jumaat, 17.12.2010 dengan Jiran Wanita melakukan kerja-kerja membersih dan menyiang bahan asas masakan asyura, manakala kaum lelaki menyediakan peralatan seperti pemasangan khemah, peralatan memasak dan membeli bahan keperluan.

Pada waktu malamnya diadakan jamuan makan malam dan barbeqeu serta memasak bahan asas seperti kacang dan ubi. Pada keesokan paginya semua penduduk bersarapan pulut ikan kering manakala makan tengahari turut disediakan kepada penduduk yang hadir dengan menu masakan ala kampung. Seperti yang dinyatakan pada awal tadi pertambahan penyertaan penduduk telah memeriahkan lagi program ini. Golongan Jiran Muda yang baru tamat peperiksaan PMR, SPM dan STPM turut membantu memasak asyura kali ini dimana sebahagian daripada mereka tidak pernah melihat apatah lagi turut memasak bubur asyura ini.

Kesimpulannya, program kali ini telah berjaya menyatu, mengumpul dan menerbitkan semangat kekeluargaan dan semangat kejiranan dikalangan penduduk Taman Utama. Semoga semangat yang tercetus hasil program seumpama ini dapat dikekalkan buat selamanya. Bulat air kerana pembentung, bulat manuasia kerana muafakatnya.



Jiran Wanita menyisih kacang dalam suasana ceria, harmoni dan penuh dengan gurau senda.

Jiran Wanita sedang menyiang ikan untuk barbeque dan makan tengahari untuk esok harinya.

Jiran Muda sedang membakar ikan dan cocktail untuk makan malam..

Gulai ikan kembung... menu oleh Ketua Peronda SRS.


Belum masak lagi ke Asyraf ? Dah lapar ni ...

Jiran Usia Emas, Mak Lang, sedang menggoreng ikan kering untuk dimakan bersama pulut.

Atas dan bawah : Jiran Wanita sedang memarut mempelam dan meleraikan kacang dan jagong untuk bubur asyura.


Jiran Muda sedang memetik buah mempelam untuk dijadikan kerabu sebagai pelengkap menu ala kampung untuk makan tengahari.. tak ada kerengga ke Hairi ?



Atas dan bawah : Penduduk sedang bersarapan pagi, pulut ikan kering.


Jiran Muda sedang menunjukan skill memasak mereka ! Kuat lagi ke Shafik ? Kalau penat tu, rehatlah dulu ....

Hai En. Fauzi dan En. Din, nampak macam berdangdut saja ...

Belum masak lagi ni....

Setiausaha sedang melabel nombor rumah penduduk untuk agihan bubur asyura.

Peronda SRS turut menyumbang tenaga mereka dalam program Asyura ini.

Wonderpets ... apa yang penting ? KERJASAMA...

Hai En. Rashid tak kan nak posing saja, tak nak tolong Jiran Muda ke ?

Ini saja nak posing depan kamera ...

Api terpadam ke ?

Jiran Wanita yang bertugas memasak nasi tengahari...


Ketua Peronda SRS, En. Zahid sedang memerhati anak buahnya mengacau bubur..


Yummiiii.... dah masakk.... ye ! ye !


Ini dia AJK yang berjawatan Sister di Hospital Sultanah Bahiyah sedang menunjukan skill mengacau bubur mereka.



Bacaan doa diketuai oleh Tuan Haji Mahmud, suami Bendahari KRT Taman Utama.


Menadah tangan mengaminkan doa bagi memberkati majlis..


Makan tengahari...

Aikkk.. jangan berebut....

Puan Sharifah, berbaju merah (isteri Setiausaha) sedang pening memikir nak pilih lauk yang mana satu ......


Jiran Wanita sedang menjamu selera..


Tunas Jiran perempuan...

Hai En. Zul, nak memilih bubur untuk dibawa pulang ke ?

Peronda SRS membantu mengagihkan bubur .....

Jiran Muda turut membantu mengagihkan bubur...


Tu dia.... Setiausaha sedang membancuh air mempelam Tobiar Gold, keluaran MADA, yang disumbangkan oleh En. Mohd Fauze b. Kemerdin, Peronda SRS yang bertugas di MADA.
Betul-betul HOLIAUUU...


Pengerusi Jiran Wanita berposing maut dengan suami...



Awas ! masih panas lagi ni ....

Terima kasih kepada semua penduduk yang menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan program asyura kali ini. Semoga apa yang kita lakukan ini mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T....

1 ulasan:

  1. Tahniat atas kejayaan ini.. usaha murni perlu dipupuk dan menjadi satu amalan yg berpanjangan. ia tampak kesatuan yang tinggi..

    BalasPadam

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin