KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Selasa, April 19, 2011

TIMUN GERGASI



Pada petang Selasa, 19 April 2011, En. Abdul Rashid b. Omar, Pengerusi Biro Jiran Muda / Tunas Jiran KRT Taman Utama secara tidak sengaja terjumpa sebiji timun yang agak luar biasa besarnya di tepi Pusat Rukun Tetangga Taman Utama.


Timun ini dipercayai tumbuh hasil sisa-sisa buangan biji timun yang seringkali pihak KRT Taman Utama gunakan apabila mengadakan jamuan masakan nasi ala kampung yang menggunakan timun untuk dijadikan ulam dan penyedap masakan dalam gulai ataupun masak asam pedas.


Saiznya yang besar mungkin kerana sisa buangan seperti air basuhan ikan dan sebagainya yang dicurahkan dikawasan tempat ianya tumbuh menjadi suatu baja yang menyuburkan pembesaran buahnya.


Ini boleh mencetuskan idea untuk program Bumi Hijau KRT Taman Utama dikawasan persekitaran Pusat Rukun Tetangga ini selepas ini.....


En. Abdul Rashid bersama timun yang beliau jumpa.


Hmm... memang besar saiznya...



1 ulasan:

  1. salam 1 Malaysia....
    boleh lah KRT Taman Utama buat kebun..disamping ia dijadikan sebagai lanskap yg dpt menghijaukan bumi selain itu dpt memberi manfaat kepada penduduk..:)

    BalasPadam

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin