KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Ahad, Mei 01, 2011

MAJLIS MOTIVASI



Pada 26 April 2011, Pihak Jawatankuasa Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar telah menganjurkan suatu majlis motivasi kepada kanak-kanak yang terdapat dalam qaryah masjid ini. Taman Utama yang terletak kira-kira 100 meter daripada masjid tersebut adalah berada dalam qaryahnya.


Sehubungan dengan itu ramailah dikalangan Tunas Jiran dan Jiran Muda daripada KRT Taman Utama turut menyertai program ini. Program adalah anjuran dan kelolaan Pusat Pengajian Al-Quran Darul Mawaddah. Pusat pengajian ini adalah dimiliki oleh En. Mokhtar b. Abd Rani, salah seorang anak qaryah masjid ini yang terkenal dengan perniagaan nasi ayamnya iaitu Restoran Tat Nasi Ayam.


Pusat pengajian ini terletak ditingkat atas restoran beliau, dimana tenaga pengajarnya adalah terdiri daripada para pelajar Kolej Universiti Insaniah yang terletak berhampiran Taman Utama. Tuan Imam Masjid Al-Hussain iaitu Tuan Haji Ismail b. Haji Sulaiman selaku penaung pusat pengajian ini telah bertindak sebagai kaunselor majlis motivasi tersebut yang bermula dari jam 6.30 petang hingga ke jam 9.30 malam.


Blogger bertindak selaku jurugambar manakala salah seorang Peronda SRS iaitu En. Zulkiflee b. Mohd Salleh ditugaskan sebagai Juru Audio dan mengawasi PA System dimajlis tersebut.




Tuan Imam sedang menyampaikan motivasi kepada kanak-kanak dan ibubapa yang hadir pada sessi malam.













Tenaga pelajar daripada Kolej Universiti Insaniah sedang mengendalikan motivasi pada sessi pengenalan pada waktu petang.







En. Zulkiflee b. Mohd Salleh sedang merakamkan program.





Inilah dia tauke nasi ayam (berbaju putih), En. Mokhtar yang terkenal dengan panggilan Tat. Kalau nak tahu keenakan nasi ayamnya, silalah berkunjung ke Restoran Tat Nasi Ayam yang terletak berhampiran KRT Taman Utama.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin