Tahun 2011 ini merupakan tahun yang istimewa kepada KRT Taman Utama kerana dapat mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatannya untuk seluruh warga Taman Utama. Ini disebabkan kerana telah mempunyai kemudahan Pusat Rukun Tetangga yang terbina hasil gotong royong warga Taman Utama. Dengan kemudahan ini pelbagai aktiviti yang gagal dijalankan pada tahun-tahun sebelum ini telah dapat dijalankan.
Sebagai contoh, aktiviti sempena Hari Ibu yang disambut pada 7 Mei pada setiap tahun, telah dapat diadakan untuk Jiran Wanita yang terdapat dalam KRT Taman Utama pada tahun ini. Pada mulanya sempena Hari Ibu ini, pihak Jiran Wanita akan mengadakan seminar ketrampilan diri untuk Jiran Wanita, namun kerana tetamu yang diundang tidak dapat memberikan komitmen beliau kerana terikat dengan tugasnya ditempat lain, maka Pengerusi KRT Taman Utama telah mencadangkan agar Ustazah Rogayah bt. Ramli, Setiausaha Jiran Wanita sendiri menggantikan tempat penceramah jemputan tersebut.
Ustazah Rogayah akhirnya bersetuju menjadikan slot tersebut sebagai majlis tazkirah kekeluargaan kepada 46 orang Jiran Wanita yang hadir. Tazkirah telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Hasil perbualan secara rambang dengan beberapa orang Jiran Wanita yang hadir, ramai yang teruja dan menyokong program yang julung kalinya diadakan untuk mereka..
tahniah pakya krn dapat menjayakan program ini.
BalasPadam