Disamping menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan untuk komuniti Taman Utama, KRT Taman Utama juga menjalankan aktiviti Skim Rondaan Sukarela (SRS). Aktiviti yang dilakukan secara berkala ini melibatkan seramai 36 orang pemastautin Taman Utama yang telah mendaftar untuk menjadi Sukarelawan Peronda SRS.
En. Zahid b. Abdullah, mantan anggota pasukan keselamatan negara telah dilantik bagi mengetuai aktiviti SRS ini. Beliau dikenali sebagai KOMANDAN dikalangan peronda SRS dengan dibantu oleh En. Abd Rashid b. Omar yang bertindak selaku Setiausaha SRS Taman Utama.
Memang mengujakan apabila menjalankan aktiviti SRS ini, kerana selain dapat berbakti kepada masyarakat setempat bagi mengawal keselamatan kawasan perumahan, aktiviti ini juga dapat merapatkan ikatan silatulrahim dan semangat kejiranan diantara peronda.
Selain dibekalkan peralatan rondaan yang diberikan oleh pihak JPNIN Negeri Kedah, KRT Taman Utama juga memberikan T-Shirt berlengan panjang kepada para peronda ini yang akan dipakai apabila menjalankan aktiviti rondaan.
Sebelum aktiviti rondaan dimulakan mulai jam 12.00 malam, Pengerusi KRT Taman Utama akan memberikan beberapa taklimat semasa berkaitan rondaan yang akan dijalankan kepada peronda yang hadir melapurkan diri untuk menjalankan rondaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.