KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Sabtu, Ogos 13, 2011

< PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1432H - SIRI 2 >



Program Ihya' Ramadhan 1432H untuk kali ini ialah program jamuan berbuka puasa dan jamuan moreh di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang bermula mulai jam 11.00 pagi pada hari Sabtu, 13 Ogos 2011. Jika untuk siri pertama program hanya khas untuk aktivis KRT Taman Utama sahaja, namun untuk kali ini adalah memfokuskan penyediaan untuk berbuka puasa anak qaryah masjid ini yang terletak berhampiran Taman Utama.




Menunya ialah nasi minyak kari daging dan sekali lagi chef utama ialah En. Zahid b. Abdullah, Ketua Peronda SRS. Sebanyak 23 kilo daging dan 20 kilo beras telah digunakan untuk menyediakan menu ini. Untuk majlis berbuka puasa di Pusat Rukun Tetangga hanya melibatkan mereka yang terlibat dalam penyediaan makanan sahaja, iaitu hampir 20 orang, manakala bilangan yang berbuka puasa di masjid dianggarkan hampir 80 orang yang majoritinya ialah pelajar Kolej Universiti Insaniah yang menyewa berhampiran masjid ini dan 10 orang ahli jemaah tabligh yang singgah di masjid ini.



Jiran Wanita sedang memotong daging untuk penyediaan kari....



Rendang daging untuk berbuka dikalangan pekerja...


En. Zahid sedang memantau En. Mohd Sharipudin dan En. Mohd Fadzil memasak nasi...


Nasi minyak dah hampir masak.....


Kari daging yang dah siap dimasak.
Kerja mempacking sedang dijalankan...






Sabda Rasulullah saw : barang siapa yang memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, maka ia akan memperolehi pahala sama seperti orang yang berpuasa, sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun. ( Riwayat At-Tarmizi )






Tuan Imam, Tuan Haji Ismail yang berserban sedang melayani anak qaryahnya... polisterin di atas meja adalah menu hasil buatan KRT Taman Utama....









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin