KEM SMART SOLAT 2017

KEM SMART SOLAT 2017
KEM SMART SOLAT

AKTIVITI KAMI JUGA BOLEH DILAYARI MELALUI FACEBOOK - WARGA TAMAN UTAMA


Isnin, Ogos 01, 2011

< PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1432H >


Salam Ramadhan Kareem.... Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun yang mempelbagaikan program dan aktiviti KRT Taman Utama. Sehingga kini berbagai program untuk segenap lapisan masyarakat telah berjaya dijalankan yang mencakupi bidang sosial, pendidikan, keagamaan, sukan dan ekonomi.

Dan melalui detik-detik di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, KRT Taman utama tidak ketinggalan mengadakan pelbagai aktiviti yang selama ini tidak pernah diadakan pada tahun-tahun yang lalu....

Tidak dapat dinafikan dengan terbinanya sebuah dewan yang kini dikenali sebagai Pusat Rukun Tetangga Taman Utama, hasil daripada keringat dan sumbangan wang ringgit daripada penduduk Taman Utama sendiri, pelbagai aktiviti yang terpendam selama ini telah dapat direalisasikan. Syukur Alhamdulillah...

Jika selama ini aktiviti KRT Taman Utama yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan hanya terbatas kepada menyediakan juadah untuk berbuka puasa dan jamuan moreh di Masjid Seberang Pumpong sahaja, kini mulai Ramadhan 1432H, KRT Taman Utama membuka lembaran baru dengan aktiviti yang lebih mendekatkan diri masyarakat Taman Utama kepada Maha Penciptanya.

Sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, KRT Taman Utama akan menjalankan beberapa aktiviti bercorak kerohanian seperti berikut.

1. KELAS TADARUS & TADABUR AL-QURAN.

Kelas ini akan dijalankan setiap hari mulai jam 2.00 petang hingga 4.00 petang di Pusat Rukun Tetangga. Kelas untuk golongan kanak-kanak ini akan dibimbing oleh Ustazah Puan Rogayah bt. Ramli, Setiausaha Jiran Wanita KRT Taman Utama. Bagi golongan dewasa akan diadakan pada setiap pagi Jumaat dan sabtu mulai jam 10.00 pagi.

Manakala pada setiap hari mulai jam 8.00 pagi, tadarus Al-Quran akan diadakan di no. 189, rumah Pn. Rosmeza bt. Ishak di bawah bimbingan Pn. Hajah Sofiah.

2. SEMBAHYANG SOLAT TARAWIH.

Akan diadakan pada setiap malam di Pusat Rukun Tetangga yang akan diimamkan oleh Tuan Haji Mahmud b. Haji Hussin, pengajar yang mengendalikan kelas fardhu ain Jiran Wanita.

3. MAJLIS BERBUKA PUASA DAN JAMUAN MOREH.

Program akan diadakan sebanyak tiga kali iaitu pada setiap hari Sabtu mulai daripada 6/8/2011, 13/8/2011 dan 20/8/2011. Persiapan menyediakan juadah akan bermula dari jam 10.00 pagi dan 5.00 petang.

4. PROGRAM SUMBANGAN KEPADA ASNAF DAN FAKIR MISKIN.

Program menyampaikan sumbangan pakaian terpakai yang terkumpul hasil sumbangan penduduk Taman Utama dan kakitangan Perpustakaan Awam Kedah akan dilakukan pada 20 Ogos 2011. Program adalah hasil kerjasama NGO wargakilang Kulim yang aktif menganjurkan program seumpama ini.

Pihak KRT Taman Utama akan menyertai NGO wargakilang ini menjelajah Daerah Sik, khasnya kawasan Belantik bagi menyampaikan sendiri sumbangan pakaian dan barangan keperluan harian kepada golongan yang kurang berkemampuan di kawasan ini.

Semoga perancangan yang diatur ini berjalan lancar dan diberkati oleh Allah Subhanahuwataala...... Amiiinnnn....


Antara pakaian terpakai yang disumbangkan kepada KRT Taman Utama, manakala di bawah ialah gambar antara rumah-rumah yang bakal dikunjungi pada 20/8/2011 nanti yang telah dikenalpasti oleh NGO wargakilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sila tinggalkan ulasan dan pandangan anda disini.

Blog Widget by LinkWithin